Jabatan Agama Islam Selangor (Jais) melakukan pemeriksaan ke atas Gereja Methodist Damansara Utama, di Petaling Jaya malam semalam kerana terdapat bukti wujudnya percubaan memurtadkan umat Islam di negeri ini, kata ahli exco hal ehwal Islam, Datuk Dr Hasan Ali.
Menurut beliau, maklumat yang diterima mengatakan terdapat kehadiran orang Islam yang hadir pada majlis berbuka puasa di gereja berkenaan.
“Terdapat seramai 12 orang yang beragama Islam telah menghadri majlis tersebut. Tiada serbuan dan tiada tangkapan dibuat.
“Sebaliknya pemeriksaan dilakukan hanya selepas rundingan dengan pihak penganjur diadakan,” kata Dr Hasan (kiri) dalam satu kenyataan media.
Menurut beliau, anggota penguatkuasaan Jais bersama anggota polis telah menjalankan pemeriksaan di bangunan gereja itu walaupun cuba dihalang oleh pihak penganjur.
“Penganjur utama yang dipercayai beragama Islam telah berunding selama hampir satu jam bersama ketua operasi agar pemeriksaan ke atas tempat dan individu tidak dilakukan sehingga majlis tersebut selesai,” katanya.
Beliau berkata pada majlis itu juga pihaknya dimaklumkan perkataan “Quran” dan “pray” diselitkan pada ucapan di majlis itu.
“Setelah majlis hampir tamat, pasukan penguatkuasa dan anggota polis telah membuat pemeriksaan meskipun terdapat cubaan bagi menghalang pemeriksaan dan melupuskan bahan bukti.

Larikan diri
“Pegawai penguakuasa Jais dan polis mendapati ada percubaan di kalangan peserta untuk melarikan diri melalui pintu belakang premis tetapi berjaya dihalang,” katanya.

Menurut Dr Hasan berdasarkan siasatan awal, 12 penganut Islam didapati terbabit dengan majlis itu dan mereka akan disiasat mengikut Seksyen 10 Enakmen Jenayah Syariah 1995.
Seksyen itu memperuntukan mereka yang menghina Islam atau menyebabkan agama itu dipandang hina; mempersendakan, mengajuk-ajuk atau mencemuh amalan atau upacara yang berhubungan dengan agama Islam adalah melakukan suatu kesalahan.
Mereka yang disabitkan kesalahan itu boleh didenda tidak melebihi lima ribu ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi tiga tahun atau kedua-duanya.
Semua 12 mereka telah diarah untuk menghadirkan diri di bahagian penguakuasaan Jais untuk siasatan lanjut.

2 comments:
Salam persaudaraan buat tuan.
Pendedahan blog tuan mengenai orang Islam berbuka puasa di gereja cukup cukup menguris perasaan dan hati umat Islam jika mereka benar-benar prihatin.
Dalam suasana Ramadhan yang baru berputik sudah ada umat ini mencemarkannya.Alangkah sedihnya gelagat umat akhir zaman yang tidak dapat membeza antara gereja dan masjid.
Moga-moga tindakan pantas oleh mereka yang bertanggungjawab untuk membawa mereka yang terlibat ke cahaya kebenaran perlu disokong tampa mengira parti politik kerana mencegah kemungkaran adalah tugas dan tanggungjawab setiap UMAT ini...walahualam.
hadoyaii!! bakal terkantoi lagila puak2 pas berderama! nak telan mati khalid, nak luah mati hassan ali! kui kui kui!
Post a Comment