Wednesday, August 3, 2011

KULI dan KJ CONFIRM TALI BARUT 16 SEPTEMBER - WIKILIEAKS




Sebuah kabel diplomatik dari kedutaan Amerika Syarikat yang dibocorkan oleh penulis blog Raja Petra Kamaruddin mendedahkan tahanan tiga individu mengikut Akta Keselamatan Dalam Negara (ISA) pada 2008 telah menghentikan ahli parlimen Umno daripada berpaling tadah.

nur jazlan mohamed 071008 02Menurut kabel yang diperolehi dari laman sesawang Wikileaks dan disiarkan di blog Malaysia Today milik Raja Petra, perkara itu disahkan oleh ahli parlimen Pulai Nur Jazlan Mohamed pada Oktober 2008, sebulan selepas penahanan ISA tersebut.

“Pada awal Oktober, MP Umno Nur Jazlan (kiri) memberitahu (kaunselor politik kedutaan Amerika Syarikat Mark D Clark) bahawa tahanan ISA itu “amat berjaya” mencapai objektif Umno untuk menakut-nakutkan MP yang bercadang menyertai (ketua pembangkang) Anwar (Ibrahim),” petik kabel itu.

Kabel yang bertajuk 'Anwar shifts gears, not goals, say aides', juga melaporkan perkara berkenaan diakui oleh naib presiden PKR Tian Chua dan Sivarasa Rasiah dalam dua pertemuan berasingan dengan Clark pada November 2008.

Raja Petra, ahli parlimen Seputeh Teresa Kok dan wartawan Sin Chew Tan Hoon Cheng ditangkap di bawah ISA pada 12 September 2008.





anwar ibrahim and september 16 event“Tempoh masa telah berubah dari Disember kepada Mac 2009, selaras dengan pemilihan parti Umno ketika Najib diangkat sebagai presiden Umno tanpa pertandingan.

“Pegawai PKR berkata Anwar dan parti itu tetap fokus mahu mengambil alih sebelum Najib dilantik kerana percaya beliau akan menggunakan tindakan kuku besi mengekang pembangkang sebelum pilihan raya umum akan datang,” petik kabel itu lagi.

Menurut kabel itu lagi, mereka yang menjadi perantaraan berkenaan adalah ahli parlimen Gua Musang Tengku Razaleigh Hamzah dan ahli parlimen Rembau Khairy Jamaluddin.
Khairy yang juga ketua pemuda Umno dikatakan menjadi perantaraan di antara bapa mentuanya,Tun Abdullah Ahmad Badawi dan Anwar.

1 comment:

Anonymous said...

bangsat 2 ekor mangkuk ayun ni