Lihat lah bagaimana kerajaan selangor pimpinan Khalid Gagap dan PAS Selangor Pimpinan Khalid Gereja menghentam tindakan JAIS merangkap Hj Hassan ALi sebagai Exco Agama. Baca sendirilah petikan di bawah. Kalau saya menaip lagi saya marah kurang pahala puasa saja..
Menteri besar Selangor Tan Sri Khalid Ibrahim hari ini mengeluarkan larangan kepada semua anggota exco negeri itu supaya tidak membuat sebarang kenyataan berhubung serbuan oleh Jabatan Agama Islam Selangor ke atas sebuah gereja.
Khalid yang kesal dengan kejadian tersebut berkata, beliau juga akan mengadap Sultan Selangor bagi mendapatkan nasihat berhubung tindakan JAIS dalam operasi melibatkan Gereja Methodist Damansara Utama di Petaling Jaya itu.
Beliau juga masih menunggu laporan daripada JAIS untuk dipersembahkan kepada Sultan Selangor, kata Khalid lagi dalam satu kenyataan hari ini.
"Sehingga tindakan ini diambil dan isu diselesaikan, semua ahli Majlis Kerajaan Negeri Selangor dilarang dari membuat sebarang kenyataan berkenaan isu ini.
“Seperti yang kami katakan semalam kami kesal dengan kejadian tersebut," katanya lagi yang mahu supaya golongan yang terkesan dalam operasi berkenaan mendapat keadilan.
“Niat dan tujuan yang baik tidak menghalalkan perbuatan yang gagal mempamerkan keadilan dan kebijaksanaan dalam memimpin masyarakat,” katanya lagi.
Khalid sebelum ini telah menghubungi seorang paderi kanan di gereja berkenaan, Pastor Daniel Ho bagi menyatakan kekesalan pihak kerajaan negeri berhubung insiden itu.
Beliau juga telah meminta JAIS menyediakan laporan penuh berhubung insiden berkenaan termasuk sebab serbuan berkenaan dijalankan.
Beliau juga telah meminta JAIS menyediakan laporan penuh berhubung insiden berkenaan termasuk sebab serbuan berkenaan dijalankan.
Kenyataan terbaru menteri besar hari ini timbul selepas exco hal ehwal agama Islam, Datuk Dr Hasan Ali mengemukakan penjelasannya semalam berhubung tindakan JAIS itu.
Hasan berkata, "pemeriksaan" ke atas gereja berkenaan pada malam Rabu lalu dijalankan berdasarkan "bukti" berlakunya kegiatan penyebaran agama bukan Islam terhadap penganut agama Islam.
Penjelasan berkenaan bagaimanapun tidak dapat memuaskan hati pemimpin PAS, termasuk timbalan pesuruhjaya negeri Khalid Samad yang mahu Hasan mengemukakan bukti berkenaan.
2 comments:
Terima kasih kerana ulasan yang amat jelas dab nyata.
Izin kan saya nak "embellish" sikiiit saja,sikit aja" ,
"Moslems falling over each other to outdo each other killing each other for the love of Church".
MCA,Star,Council of Churches, tok sah kata,lah,"having a field day and open season".Nak tunggu yang lain lain, memang akan menjadi sebulan pun habis habis.
Hassan,Jais,saya yakin akan tindakkan anda.
arjuna waspada
changkat lobak.
memang menyedihkan..hurmm
Post a Comment