Friday, May 27, 2011

POLIS KITA SLOW ATAU Peguam Negara YANG SLOW?



1. Kes Sarbani Mati di SPRM KL


2. Kes Video Sex Datuk T.


Dah sebulan lebih dedua kes ni berlaku.


Apa dah jadi sampai sekarang senyap?. 


Ini lah yang kadang kadang jadi bullet untuk pembangkang belasah BN.


Kerja mudah macam ni tak selesai lagi.


Fed up.


Kalau saya sokong pembangkang, memang sah sah saya benci Polis = benci BN.


Baca bawah ni dah jadi modal untuk Khaldi Gereja buat bising,


APA LAH PDRM.. bikin susah semua orang:

Ahli parlimen PAS Shah Alam, Khalid Samad hari ini menggesa polis mengemukakan penjelasan lanjut berhubung sebab kematian pegawai kanan kastam Ahmad Sarbani Mohamed bagi mengelakkan kesangsian bahawa isu berkenaan cuba ditutup.
NONE"Semua orang masih tidak puas hati dengan penjelasan (polis). Bagaimana (Sarbaini) pergi ke SPRM (Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia) dengan rela hati untuk berjumpa pegawai penyiasat, tiba-tiba ditemui mati," kata Khalid.
Jelasnya, kesangsian itu timbul memandangkan polis setakat ini hanya menjelaskan bahawa "Sarbaini tidak dibunuh" dan "mati mengejut."
"Banyak lagi persoalan yang pihak polis tidak jawab. Saya nak pertikaikan mengapa dia susah payah (ke SPRM) kalau dia hendak bunuh diri.
"Polis mesti jelaskan apa yang (Sarbaini) hendak ceritakan kepada SPRM sehingga membawa kepada kematiannya," kata Khalid lagi dalam satu sidang media di pejabatnya hari ini.
Jelasnya, isu berkenaan perlu dijelaskan memandangkan balu Sarbaini sendiri telah membuat satu laporan polis berhubung kes kematian itu, berdasarkan satu perbualan dengan salah seorang pegawai kanan SPRM.
NONEMasiah @ Maziah Manap, 50, dalam laporannya pada awal bulan ini mendakwa bahawa pegawai yang dinamakannya sebagai Ghani itu telah memberi gambaran kepadanya bahawa salah seorang kakitangan bawahan terlibat dalam kes berkenaan.
"Saya menyatakan kepadanya bahawa saya reda dengan kematian suami saya. Seterusnya saya bertanya soalan – apakah Encik Ghani akan buat sekiranya Encik Ghani berada di tempat saya?
"Apa yang mengejutkan saya ialah jawapan yang perlahan daripada Encik Ghani yang menyatakan – 'Bukan saya...Orang saya.'
"Saya membuat laporan ini kerana saya mengesyaki bahawa Encik Ghani terlepas cakap semasa perjumpaan di pejabat kastam," laporan tersebut dipetik.
Dalam laporan itu juga, Masiah berkata pertemuan itu dilakukan di satu pejabat Jabatan Kastam Diraja Malaysia di Subang pada 28 April lalu.
NONESarbani, 56, ditemui mati di dalam dalam premis ibu pejabat SPRM Kuala Lumpur pada 6 April lalu setelah hadir ke pejabat berkenaan bagi bertemu salah seorang pegawai berhubung kes siasatan melibatkan dirinya.
Beliau merupakan antara 62 orang pegawai kastam yang ditahan pada 1 April dalam satu operasi besar-besaran SPRM 

2 comments:

Bekas keadilan 1998 said...

Apa yang nak salah kan PDRM kalau Khalid Gereja mengatakan ada unsur jenayah terhadap pegawai kastam itu bermakna beliau tahu hal yg senenarnya. Sebab hanya pembangkang yg menyatakan ia kes jenayah sedangkan pihak polis dah mengatakan mati mengejut. Tanya pada Khalid Gereja, jgn salah kan org lain jika kita hanya membuat andaian shj. Harap pihak pembangkang lebih prihatin dgn membantu PDRM mengemukakan bukti dan petunjuk terhadap kes tersebut.

Anonymous said...

Kita maklum....kes ni kes besar. Silap umum keputusannya, negara boleh goncang.