Thursday, May 26, 2011

Ethnic Gerai Cleansing (Penghapusan Gerai Kaum secara halus) Di Pulau Pinang di teruskan


Hari ini keluar lagi berita tentang arahan roboh gerai Melayu di Pulau Pinang. Tindakan ini sama saja macam membunuh. Menabur pasir di periuk nasi orang sama saja dengan membunuh dengan perlahan lahan. you can read it at Mat Kilau Penang and as written below.
Gerai cina walaupun sampai ketengah jalan dan menghalang lalu lintas tidak akan di apa apakan.
Begini lah contoh bila anda mengundi PR. Sekiranya puaka puaka ni memerintah Malaysia, tak boleh nak di bayangkan apa yang akan berlaku kepada gerao gerai melayu di seluruh Malaysia.
GEORGETOWN - Dua peniaga Melayu di Batu Feringgi di sini, kini dihantui kebimbangan selepas menerima notis daripada Majlis Perbandaran Pulau Pinang (MPPP) untuk merobohkan premis masing-masing yang terletak berhampiran sekolah Cina.
Rahayu Abdul Murad, 50, yang mengusahakan kedai makan sejak 10 tahun lalu, manakala Mohd Yusoff Ibrahim, 59, menjalankan agensi pelancongan sejak tujuh tahun lalu, akan dihalau pada bila-bila masa oleh pihak berkuasa tempatan.

Alasan yang diberikan pihak berkuasa ialah premis mereka mengganggu kerja pembesaran sekolah berkenaan walaupun tidak didirikan di atas tanah sekolah berkenaan.

Lebih memeritkan, perniagaan itu menjadi 'periuk nasi' keluarga masing-masing seolah-olah 'ditabur pasir' oleh Kerajaan DAP Pulau Pinang kerana kerajaan Barisan Nasional (BN) sebelum ini tidak mengambil tindakan ke atas mereka.

Rahayu berkata, struktur premis perniagaan miliknya tidak mengganggu projek pembesaran sekolah dan tindakan MPPP mengeluarkan arahan untuk merobohkan kedainya dikesali.

"Saya berpendapat tindakan MPPP mahu merobohkan kedai makan itu tidak profesional dan pihak bertanggungjawab langsung serta tidak mahu turun padang untuk berunding.

"Saya berniaga di sini sejak 10 tahun lalu dan sepanjang tempoh itu memang tidak ada sebarang masalah, tetapi mengapa baru sekarang MPPP mahu mengambil tindakan," katanya.

Mohd Yusoff pula berkata, MPPP mengeluarkan dua surat notis meminta berpindah bulan lalu dan minggu lalu, surat pemberitahuan untuk merobohkan premis pula diserahkan.

Beliau yang terkejut menerima surat itu, segera mengeluarkan barangan dan dokumen dari premis kerana bimbang MPPP datang merobohkan premisnya bila-bila masa.

"Dulu, ketika pemerintahan BN perkara macam ini langsung tidak berlaku dan saya berpendapat Ketua Menteri yang dulu (Tan Sri Dr Koh Tsu Koon) jauh lebih adil.

"Saya memohon kerajaan negeri bertimbang rasa dan memberi pampasan supaya kami boleh bina kedai di tempat lain. Takkan pampasan sikit pun tak boleh bagi sedangkan kerajaan negeri berjaya menarik pelaburan berbilion ringgit," katanya.

Sementara itu, Ketua Wira Pertubuhan Pribumi Perkasa (PERKASA) Timur Laut, Mohd Rizuad Mohd Azudin, berkata tindakan MPPP mengeluarkan arahan untuk merobohkan dua buah kedai itu bermotifkan politik.
- BHarian

No comments: