Wednesday, May 25, 2011

Apa lagi yang Orang cina tak puas hati pasal Biasiswa JPA?

JPA sedia RM1.44 bilion tawar 4,000 biasiswa

KUALA LUMPUR 24 Mei - Kerajaan menerusi Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) memperuntukkan 4,000 biasiswa kepada pelajar cemerlang Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2010 yang memperoleh minimum 9A+ bagi sesi pengajian tinggi 2011.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz berkata, daripada jumlah itu sebanyak 1,500 biasiswa diperuntukkan bagi Program Ijazah Luar Negara (PILN) manakala 2,500 biasiswa untuk Program Ijazah Dalam Negara (PIDN).

Beliau memberitahu, kerajaan memperuntukkan sebanyak RM1.44 bilion bagi menampung jumlah biasiswa tersebut iaitu RM1.08 bilion bagi biasiswa PILN dan RM0.36 bilion bagi biasiswa PIDN.

"Daripada 1,500 biasiswa PILN itu pula, 882 daripadanya diberikan kepada pelajar bumiputera manakala 618 biasiswa kepada pelajar bukan bumiputera.

"Bagi PIDN pula, seramai 1,301 pelajar bumiputera ditawarkan biasiswa itu manakala selebihnya iaitu 1,199 kepada pelajar bukan bumiputera.

"Secara keseluruhan pula, sebanyak 2,183 tempat atau 55 peratus biasiswa diberikan kepada pelajar bumiputera manakala 1,817 atau 45 peratus kepada pelajar bukan bumiputera," katanya pada sidang akhbar di bangunan Parlimen hari ini.

Mohamed Nazri menambah, daripada 1,500 biasiswa di bawah PILN pula, hanya 300 diberikan berdasarkan merit kepada pelajar yang mendapat 9A+.

Bakinya kata beliau, diagihkan kepada mereka yang layak mengikut empat kategori yang telah diluluskan oleh Jemaah Menteri pada Januari 2009.

Kategori itu tambahnya, adalah berdasarkan kecemerlangan akademik (20 peratus), populasi kaum (60 peratus), bumiputera Sabah dan Sarawak (masing-masing lima peratus) dan orang kurang upaya (OKU) sebanyak 10 peratus.

"Keutamaan biasiswa kepada PILN ini ialah dalam bidang-bidang yang difikirkan kritikal dan profesional oleh JPA seperti perubatan, pergigian, farmasi, kejuruteraan, seni bina dan beberapa bidang lain," katanya.

Jelas beliau, sebanyak 16,900 permohonan biasiswa diterima dengan 8,857 permohonan adalah dari kalangan calon yang melepasi syarat minimum yang ditetapkan mengikut bidang pengajian.

As I have said in my earlier posting  here the ratio is 55% Bumi 45% non bumi.

This is high enough already and is reflective of racial composition in Malaysia.

Orang cina akan terus tidak puas hati kerana pada mereka hanya bangsa yang makan babi seperti mereka yang pandai. Mereka tidak tahu lebih ramai orang Melayu yang dapat straight A.

Jangan kita terlalu berlembut denga mereka. Way back in the early 80's masa zaman Tun. scholarship overseas hanya untuk anak melayu. Now we have given up to 41% for non Bumi untuk PILN. What else do they want?

AT last I found something to agree with Nazri Aziz.  

No comments: