Wednesday, April 17, 2013

SHARIFF OMAR PENTINGKAN DIRI SENDIRI DARI KEMENANGAN BN PRU13

Sarip Dol dan cucunya

Pada saya Shariff Omar ini lebih baik diberi gelaran Sarip Dol - samseng Kampung Dusun.

Dia sepatut nya sedar bahawa his time as UMNO leader at National level has come and gone. Duduklah elok elok di Tasek Gelugor tengok cucu cicit dan bantu UMNO/BN semasa pilihanraya. Outside Tasek Gelugor or Pulau Pinang no one knows you !

Mementingkan diri sendiri seperti Sarip Dol inilah yang akan membawa kepada kemusnahan dan kekealahan calun calun UMNO/BN. BN tidak perlu parti lawan untuk menewaskan mereka, kerana UMNO/BN ada makhluk tak sedar diri yang dah expired macam Sarip Dol ini masih mahu hendak menunjuk kuasa yang aku lah paling popular di Tasek Gelugor.

Ketahui lah kamu Sarip Dol, at National level, penyokong penyokong UMNO/BN hanya akan mengutuk kamu. Apa guna 2000 penyokong kamu di Tasek Gelugor sekiranya 2 juta di seluruh dunia mencemoh kamu sebagai pengkhianat !

Ikut lah contoh Pak Lah, Rais Yatim, Abu Seman Yusop, Shahrizat Jalil, Rafidah Aziz , malah TS Nor Mohd Yackop sendiri.  Mereka ini lebih ada nama dan pengaruh dari awak Sarip Dol. You should be ashame of yourself.


NIBONG TEBAL: Timbalan Pengerusi BN negeri Datuk Zainal Abidin Osman berkata,bekas Timbalan Menteri Pertanian Datuk Seri Mohd Sharif Omar yang mengumumkan mahu bertanding di kawasan Parlimen Tasek Gelugor atas tiket parti lain tidak patut bertindak sedemikian.
Zainal Abidin yang juga Pengerusi Badan Perhubungan Umno Pulau Pinang berkata, ini kerana ketika Mohd Sharif menjadi wakil rakyat selama lebih 20 tahun, beliau telah menerima sokongan dan bantuan daripada para pengikut dan pendokong parti.
Malah beliau perlu memberi peluang kepada anak-anak didiknya yang dipilih sebagai calon di kawasan itu kali ini kerana sebelum ini mereka banyak membantu beliau semasa menjadi calon dahulu.
"Lagi pun Mohd Sharif sudah lebih 20 tahun terlibat dalam parti, menjawat pelbagai jawatan dalam negeri dan persekutuan...Inilah masanya beliau menunjukkan kesetiaan kepada parti.
"Calon-calon di kawasan Parlimen Tasek Gelugor itu semuanya anak didik beliau (Mohd Sharif) terdiri daripada pegawai dan ketua wanita yang ketika beliau bertanding merupakan orang kuat menjalankan kerja jentera parti bagi memastikan kemenangannya," jelas Zainal Abidin.
Shariff pada lewat malam Selasa telah mengumumkan bahawa beliau akan bertanding atas tiket Bebas atau parti lain setelah tidak disenaraikan sebagai calon BN.
Bekas timbalan ketua menteri dan timbalan menteri pertanian itu mahu bertanding semula di kerusi berkenaan kerana mendakwa, ketika beliau menyerahkan kerusi tersebut kepada Tan Sri Nor Mohamed Yaacob pada 2008, beliau telah dijanjikan akan diberi semula kerusi tersebut selepas sepenggal.
Nor Mohamed yang juga menteri di Jabatan Perdana Menteri turut digugurkan dari senarai calon BN Pulau Pinang kali ini.

No comments: