Now how "kurang ajar" a chinese can be? This fella and I quote from around the blogs the news on his middle finger sign to DYMM Raja Permaisuri Agong :
11 FEBUARI 2013-Pada jam 12:50tengah hari sewaktu rombongan DYMM Raja Permaisuri Agong berada di Terminal Perlepasan LTAB Bayan Lepas, Leong Pei Koe telah menunjukkan isyarat lucah kepada kenderaan yang diniaki oleh DYMM Raja Permaisuri Agong.
ASP Mohd Fakharuddin bin Abdul Hamid yang merupakan pengawal pengiring DYMM Raja Permaisuri Agong yang melihat gelagat lelaki tersebut telah keluar dari kenderaan pengiring dan merapati LEONG PEI KOE.
Amaran telah diberikan kepada lelaki berbangsa Cina tersebut yang dia boleh ditahan dan ditangkap di bawah Seksyen 294 (a) KK. Bagaimanapun, lelaki Cina itu mencabar pihak berkuasa agar menangkapnya dan berkata, di Pulau Pinang, polis Melayu tidak ada kuasa kerana Pulau Pinang adalah hak milik Cina.
Apabila ASP Mohd Fakharuddin menghampiri LEONG PEI KOE, lelaki Cina tersebut terus memberikan isyarat lucah beberapa kali. Dengan bantuan anggota PGA, akhirnya dia ditahan dan digari bagi siasatan dan tindakan lanjut.
Ok now lets see what Utusan Malaysia's take on it !
Ketua Polis negeri, Datuk Abdul Rahim Hanafi berkata, suspek berusia 29 tahun itu yang juga graduan dari salah sebuah universiti di Scotland telah direman sehingga 14 Februari ini untuk membantu siasatan.
"Suspek dihantar oleh bapanya ke lapangan terbang untuk menaiki penerbangan ke Singapura.
"Difahamkan, berlaku pertengkaran antara suspek dengan bapanya menyebabkan dia melepaskan geram dengan menunjukkan isyarat lucah dan secara kebetulan kereta Permaisuri Agong lalu di kawasan itu," katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia di sini hari ini.
Abdul Rahim berkata, tindakan biadab itu disedari pengawal peribadi Permaisuri Agong yang kemudiannya turun dan terus menahan suspek.
Katanya, kes disiasat mengikut Seksyen 294 (A) Kanun Keseksaan berkaitan kesalahan mengenai kesopanan di tempat awam yang memperuntukkan hukuman penjara tiga bulan atau denda atau kedua-duanya. - UTUSAN
No comments:
Post a Comment