Kebenaran harus ditegakkan. Penipuan dan fitnah mesti dihapuskan. Walau ribut datang melanda. biar taufan yang bergelora, mesti ditentang biarpun kita di anggap menongkah arus.
Monday, July 4, 2011
AMBIGA SUDAH TERIMA DANA DARI LUAR NEGARA - MASIH BOLEHKAH BERSIH DIBATALKAN???
Polis akan menyiasat dakwaan mengenai sebuah bank tempatan yang dikesan digunakan oleh penganjur perhimpunan pada 9 Julai, Datuk S Ambiga untuk menerima dana dari beberapa NGO asing.
Ketua Polis Negara Tan Sri Ismail Omar berkata polis akan bekerjasama dengan Bank Negara bagi menyiasat perkara itu.
"Kita akan menyiasat sesiapa juga yang ada elemen-elemen yang saya katakan boleh menunjukkan ada perkara-perkara yang telah berlaku, sedang berlaku atau pun dirancang berlaku yang boleh menjuruskan kepada ketidaktenteraman awam," katanya kepada pemberita di Kuala Lumpur selepas Majlis pelancaran Command Post Exercise (CPX) PDRM -ATM.
Sebuah akhbar tempatan berbahasa Melayu hari ini melaporkan bahawa akaun bank tersebut yang sudah menerima ratusan ribu dana asing dan merupakan satu daripada lima akaun yang dimiliki pengerusi demonstrasi haram itu yang dirancang pada 9 Julai ini.
Menurut laporan itu lagi bank berkenaan menjadi pilihan Ambiga dan NGO asing kerana sebahagian saham bank itu dimiliki seorang pemimpin pembangkang.
Mengenai titah Yang di-Pertuan Agong semalam yang mengingatkan rakyat supaya memastikan tuntutan demokrasi tidak membawa kemusnahan kepada negara, Ismail berkata rakyat sepatutnya menuruti titah tersebut
"Saya rasa sebagai rakyat Malaysia, tidak kira apa bangsa, kita kenalah mengambil perhatian titah Seri Paduka Baginda sebagai satu titah yang perlu diikuti untuk keamanan dan kesejahteraan negara," katanya.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment