Wednesday, June 29, 2011

PUAK PAKATAN MULA MELALAK TAK TENTU ARAH BILA POLIS MULA AMBIL TINDAKAN!



Syabas PDRM. 90% rakyat malaysia menyokong tindakan keras Polis sejak akhir akhir ini untuk membenteras Bersih 2.0.


Terbaru Polis telah menggelidah pejabat Bersih 2.0 di Petaling Jaya dan menahan reman 7 aktivis pekerja Bersih. Lihat tajuk berita berita di Malaysiakini di bawah.. Puak Puak Pakatan mula terasa bahang operasi polis..syabas PDRM ..ganyang saja mereka!

Bakri: 7 petugas BERSIH akan ditahan reman
Hafiz Yatim
Jun 29, 11
4:58pm
Kongsi 81
Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Datuk Seri Bakri Zinin mengesahkan bahawa tujuh petugas di pejabat sekretariat Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil (BERSIH 2.0) di Seksyen 4, Petaling Jaya hari ini telah ditahan polis.

NONEKatanya, ketujuh-tujuh mereka akan dikenakan tahanan reman tetapi beliau enggan menyatakan di bawah seksyen mana mereka akan disiasat.

"Polis juga merampas 314 kemeja T kuning BERSIH, 90 kemeja T jingga dan 136 kemeja T berwarna krim yang dipercayai mempunyai kaitan dengan perhimpunan itu,” katanya.
Bagaimanapun jumlah kemeja T yang dirampas itu tidak sepadan dengan apa yang didakwa oleh BERSIH 2.0.
Dalam laman Facebook, mereka melaporkan polis mengambil 366 kemeja T BERSIH berwarna kuning, 91 kemeja T BERSIH berwarna jingga, 136 kemeja T BERSIH putih, 473 lilit kepala, lima kain rentang, lapan sepanduk dan satu video kamera.
Selain itu, turut dirampas dari pejabat itu adalah lima komputer riba, satu CPU, kenyataan akhbar akhbar dan risalah tuntutan mereka.

Semua mereka dikatakan berada di IPD Petaling Jaya dengan ditemani peguam Honey Tan.

NONEDalam perkembangan berkaitan, Bernamamelaporkan Polis Selangor mengesahkan serbuan di pejabat berkenaan kerana kaitannya dengan perhimpunan pada 9 Julai.

Serbuan dilakukan kira-kira jam 11 pagi ini diketuai oleh Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Selangor, Senior Asisten Komisioner (SAC) Mohd Adnan Abdullah dan disertai lebih 10 anggota polis.

Ketua Polis Selangor, Datuk Tun Hisan Tun Hamzah ketika dihubungi berkata, dalam serbuan itu, polis merampas beratus-ratus helai baju yang tertulis logo dipercayai berkaitan perhimpunan haram itu.

Katanya, polis akan menyiasat kes itu lebih lanjut mengikut Seksyen 50 (3) Akta Pertubuhan.





No comments: