Saturday, June 4, 2011

Masa depan PAS bercelaru

Tidak sampai 24 jam selepas barisan baru kepemimpin PAS yang memenangi jawatan Timbalan Presiden dan Naib Presiden dibentuk - sudah mula kedengan suara-suara sumbang yang gelisah dan sukar menerima keputusan daripada para perwakilan tersebut. Kegelisahan ini ada rasionalnya - hakikat yang sebenarnya ialah Mat Sabu memenangi jawatan Timbalan Presiden PAS adalah berpunca daripada perpecahan golongan ulama dalam parti tersebut. Sekiranya salah seorang daripada calon ulama untuk jawatan Timbalan Presiden PAS, sama ada Nasharudin mahu pun Tuan Ibrahim menarik diri, InsyaAllah kepimpinan ulama masih boleh dipertahankan.

Realitinya, perwakilan masih menginginkan kepimpinan ulama. Seandainya jumlah undi yang diterima oleh Nasharudin dan Tuan Ibrahim dicampur, maka aspirasi perwakilan PAS masih mahu mengekalkan ulama bagi mengisi jawatan nombor dua parti tersebut. Tetapi - malangnya, keinginan untuk mengejar kuasa dan pengaruh mula menyelubungi kepimpinan ulama sejak beberapa tahun yang lalu, sehingga jawatan tidak lagi dilihat sebagai beban yang akan digalas di akhirat kelak, sebaliknya jawatan dalam parti sudah mula digambarkan sebagai satu bentuk keistimewaan dan jalan pintas untuk menjadi calon dalam pilihan raya umum yang akan datang!

Rata-rata ahli PAS akhir umbi sudah mula menunjukkan rasa tidak puas hati atas kemenangan Mat Sabu sebagai Timbalan Presiden PAS - menurut mereka, jumlah undi yang diterima oleh Mat Sabu membuktikan bahawa majoriti perwakilan masih menolak beliau. Dengan kata mudah - Mat Sabu sebenarnya tidak mendapat sokongan penuh daripada perwakilan PAS, sekali gus menyukarkan beliau untuk melakukan gerak kerja parti.

Beberapa ahli PAS yang jujur dan ikhlas, sudah mula menghidu gerakan sulit bagi menukar wajah PAS kepada bentuk yang lebih "nasional" - Daripada Hukum Hudud menjadi "Keadilan Sejagat", daripada negara Islam menjadi "Negara Berkebajikan" Semua ini merupakan gambaran yang sangat jelas, bahawa terdapat gerakan "bawah tanah" yang cuba memesong dan menukar perjuangan tulen PAS. Tanpa disedari, selangkah demi selangkah, PAS dijauhkan daripada al-Quran dan as-Sunnah, dan perlahan-lahan perkataan Islam diganti dengan perkataan-perkataan lain yang erti dan maksudnya sangat jauh berbeza daripada perjuangan asal PAS.

Sama ada kita sedar atau pun tidak - PAS benar-benar telah dirosakkan oleh Anwar Ibrahim. Sedikit demi sedikit, wajah PAS sudah berubah, yang mana akhirnya umat Melayu-Islam juga yang menanggung kerugian. Inilah natijah daripada membelangkangi perintah Allah, yang melarang umat Islam menjadikan kaum kafir sebagai teman rapat. Firman Allah di dalam surah An-Nisa' ayat 144 yang bermaksud, "Wahai orang-orang yang beriman, janganlah kamu mengambil orang-orang kafir menjadi teman rapat dengan meninggalkan orang-orang yang beriman; adakah kamu hendak mengadakan alasan yang terang nyata bagi Allah untuk (menghukum) kamu?" Lantaran itu, fikir-fikirankah, wallahualam.

Azlishukri.blogspotcom

1 comment:

Anonymous said...

inilah natijah apabila fatwa "berkawan dengan iblis lebih baik dari berkawan dengan umno", apabila mereka berkawan dengan iblis makanya peliwat dan penzina dipertahankan dengan jiwa dan raga dan dengan menggunakan hujah agama, kebangsaan melayu islam dibuang ketepi chauvanist cina dan india didokong dan dijunjung, sedangkan kebangsaan melayu masih ada islamnya. dalam umno mana-mana melayu murtad tidak akan dibela, melalui iblis linda joy dipertahankan. pas kini telah mendokong fahaman plurasime, usah perkata anda masih lagi berpegang pada kitab alquran apabila hujah anwar yang penuh plurasime anda diam tak terkutik. adakah ini petunjuk allah apabila anda berkata kepada orang islam yang lain kafir makanya kekafiran itu kembali kepada anda. tepuk dada tanya iman.