Friday, June 3, 2011

HJ JADI SURUH LUPA KAN NEGARA ISLAM - KITA BINA NEGARA KEBAJIKAN DGN DAP LAGI BAIK



Ok here we go folks, as expected PAS no longer will give priority kepada penubuhan negara Islam. Nampak nya skrip Hj Hadi macam di tulis oleh DAP,,baguslah ..

APA Beza UMNO dgn PAS? semakin tipis lah perbezaan UMNO dan PAS.  Yang tebal cuma serban PAS sahajalah.

PAS tumpu negara kebajikan, bukan negara Islam
Salhan K Ahmad
Jun 3, 11
2:00pm
Kongsi 201
Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang berkata, belum tiba masanya untuk parti itu meninggalkan usaha membentuk 'negara Islam' – isu yang menjadi duri dalam daging dalam hubungannya bersama DAP sebelum ini.

NONEBagaimanpun, parti itu akan meneruskan gagasan negara berkebajikan yang disepakatinya bersama komponen Pakatan Rakyat kerana perkara yang lebih penting adalah pelaksanaan dan bukannya menumpukan jenama 'negara Islam' itu semata-mata.

“Belum tiba masanya (tinggalkan usaha bentuk negara Islam). Apa yang penting adalah pelaksanaan. Kalau letak jenama saja tak laksana tak ada faedah. Kita mulakan dengan pelaksanaan negara berkebajikan, itu ada dalam Al-Quran, Dia tak sebut negara Islam, Dia sebut negara berkebajikan.

“Sebab itu kalangan DAP melihat sendiri kerjasama kita dengan mereka. DAP kata mereka minum arak, kita tak boleh larang dia. Kita bukan macam kalangan setengah (pemimpin) BN yang boleh minum arak sama,” katanya ketika ditanya dalam satu sidang media hari ini.
Katanya lagi, tema negara berkebajikan – yang turut terdapat dalam agama lain – juga merupakan satu persamaan yang perlu didahulukan.

"Masalah sembahyang lain, halal haram itu lainlah. Itu hak dia... Dalam masalah beramal dengan cara hidup, itu ada perbezaan yang perlu diraikan antara satu sama lain. Ini ada dalam Islam.

Malah, golongan akar umbi PAS juga mahu supaya parti itu meneruskan kerjasama dalam Pakatan, katanya lagi selepas menyampaikan ucap tama dalam muktamarnya ke-57 hari ini.

NONE"Kita berbeza ideologi, agama tapi kita boleh bekerjasama dalam titik persamaan contohnya dalam menegakkan yang adil untuk semua bagi mengatasi masalah kemiskinan.

"Kita telah menjurus kepada polisi dan konsep yang lebih maju kita membuat resolusi dalam konvensyen di Selangor dan Pulau Pinang antaranya kita menerima Islam sebagai agama rasmi persekutuan.

"DAP terima dan semua parti terima. Dalam masa sama kita beri peluang kepada penganut-penganut lain untuk menjalani agama mererka, menerima hak istimewa orang melayu dan bumiputera, itu diterima oleh rakan rakan," katanya lagi.

3 comments:

Anonymous said...

PAS = Parti Hipokrit Negara..!

Anonymous said...

PAS kena tukar nama parti dr PArti Islam Semalaysia kepada Parti Keldai Dap

abu idris said...

Ar Rayah World News
Ciri-Ciri Negara Islam Yang Praktis
http://ibnuyassir.blogspot.com/2011/06/ciri-ciri-negara-islam-yang-praktis.html