Tuesday, June 21, 2011

Ketua Puteri Umno Jerlun dituduh berkhalwat



Ketua Puteri Umno Bahagian Jerlun, Kedah didakwa di Mahkamah Rendah Syariah Jitra, Kedah atas tuduhan khalwat dengan seorang lelaki.

Menurut laporan TV Selangor, Yusmawati Yaacob, 31 tahun didakwa mengikuti Seksyen 9(1) Akta Kanun Acara Jenayah Syariah Kedah 1988 manakala pasangannya, Mohd Jasmi Ismamil, 47, dituduh mengikut Seksyen 9(2) akta yang sama.

Sabit kesalahan, boleh didenda RM2,000 atau setahun penjara atau kedua- duanya sekali.

Kedua- dua pasangan itu ditahan sepasukan Pegawai Penguatkuasaan Jabatan Agama Islam Daerah Kubang Pasu dalam sebuah rumah di Taman Tengku Sarina, Jitra, jam 1:20 pagi, 11 Mei lalu.

Kedua-dua pasangan itu mengaku tidak bersalah dan minta dibicarakan.

Hakim Sheikh Kamaruslan Mustapha menetapkan 4 Julai depan, tarikh sebutan semula kes.

Ini kerana peguambela tertuduh, Sukri Zakaria dan pendakwa syarie, Juliana Ramli perlu mengemukakan hujah masing- masing kepada mahkamah dalam tempoh dua minggu.



pesanan saya lain kali kalau pegang jawatan jaga la  tingkahlaku...lagipun awak dok di jerlun bukan nya metropolitan..awak kentut pun orang tau..apatah lagi kalau awak berdating dgn jantan dlm rumah jam 1 pagi.. BODO PIANG LAH HANGPA NI!!!!! Memalukan kan dah menyusahkan betul.


Salah ke tidak ke belakang cerita.. its all about perception.

4 comments:

Anonymous said...

Bila bab video seks Nuar Berahim, heboh diperkatakan tidak perlu utk aibkan seseorang. Tapi bila UMNO, habis dibogelkan cerita khalwat ni. Apa da double standard.......

Anonymous said...

Mungkin UMNO bukan hanya slogan. Kita mengujudkan negara kebajikan tanpa membawa banner kebajikan. Kita melaksanakan hukum2 Islam tanpa mengarak sepanduk negara Islam. Bukan kah pelaksanaan itu lebeh baik dari retorik. Maka dalam UMNO boleh dilihat keterbukaan, ketelusan dan demokrasi. Dimana ahli boleh menegor pemimpin2 UMNO, menteri2 dan sebaleknya tanpa dibuang sebagai ahli. Jika ada pemimpin UMNO salah laku, baik politik wang atau skandal sek ahli berani menegor dan minta dipecat mana pemimpin UMNO yang sudah didapati salah. Contohnya Rahim Tamby Cik..skandal sek dengan budak bawah umnor telah dipecat memegang jawatan UMNO. Tapi PAS masih recycle pimpim macam Mat Sabu atau Salahudin atau Anuar Ibrahim yang terang2 ada masalah skandal. Jadi dalam UMNO bukan sahaja Puteri tetapi Majlis Tertinggi, Pemuda dan Wanita dan semuanya kalau imej politik sudah tercalar mereka hendaklah dipecat dengan segera supaya imej UMNO kekal terplihara dan mendapat sokongan rakyat berpanjangan.

Wake UP! said...

Tulah pasal. Dok kawasan pedalaman, jaga sikit perangai. Tak mau kena tangkap basah, nikah cepat.

Anonymous said...

ahahaha...anwar ibrahim???video yang direka.....ini sah sah kantoi dalam umah..hihi