Wednesday, June 8, 2011

Kadang kadang Kita saja cari pasal. Saja Bagi bola Tanggung pada pembangkang

Kadang kadang letih juga kalau nak mempertahankan perilaku pemimpin pemimipin kita ni.

Kadang kadang letih juga nak mepertahankan perilaku anak menantu pemimpin pemimpin kita ni.

Dari zaman Tun Mahathir dengan peel Marina.

Zaman Pak Lah dengan Khairy nya.

Ni zaman DS Najib dah dengan hal Nooryana pulak. Bakal menantu pulak Daniyar Nazarbayev sudah questionable perilaku nya.. Baca artikel terdahulu HERE.

Susah sangat kah kita nak jaga jadual, tingkah laku, dan  kata kata , supaya tidak menjadi bahan pihak pembangkang untuk hentam kita.

Contoh terbaru DS Najib punya lawatan ke Kazakhstan, terlalu mudah untuk di kaitkan dengan issue pertunangan Nooryana dan membuka issue salahguna kuasa. Remember its about perception, doesn't matter betul atau tidak.

Adakah itu pun susah pegawai pegawai DS Najib untuk faham?.

Apakah kita dengan sengaja membuka jalan untuk pembangkang mengambil alih kerajaan?

Apalah tidak terpikir yang perkara perkara sebegini yang melibatkan Perdana Menteri walau sekecil mana sekali pun mempunyai impact yang amat besar kepada pengundi?

Kita lupa bagaimana Pak Lah telah membawa BN hingga hilang 2/3 majority hanya kerana perception yang Pak Lah suka tidor semasa meeting dan KJ yang menpengaruhi banyak keputusan nya?
Betul atau tidak tak penting.

ITS ALL ABOUT PERCEPTION....

SO PLEASE ...those who advise our PM..use your brain ok!

Jangan kerana hendak membodek PM ..semua yang kita ada sekarang termasuk kerajaan hilang begitu sahaja.

Advice our leaders about about the right thing to do..not about the nice thing to do.

DS Najib kalau saya terkasar maafkan saya.. my intention is for the best of this country which should be under BN .

Pleasr read this cover up statement by KJ in MK which does not carry weight at all:

Lawatan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak dan isterinya Datin Seri Rosmah Mansor ke Kazakhstan bagi menghadri Forum Ekonomi Dunia Islam (WIEF) di Astana telah dirancang setahun lebih awal dan tidak kena mengena dengan lawatan peribadinya, dakwa Ketua Pemuda Umno Khairy Jamaluddin Abu Bakar.

NONESambil membidas ahli parlimen Kuala Selangor, Dzulkefly Ahmad yang membuat dakwaan itu, Khairy berkata dalam twitter adalah lebih baik pemimpin PAS itu “mendiamkan diri kecuali jika beliau mempunyai bukti”.

Dzulkefly yang juga adalah ahli Majlis Jawatankuasa Pusat PAS pada sidang medianya semalam berkata adalah salah dari segi moral bagi Najib dan keluarganya menggunakan duit rakyat atau dana awam bagi membiayai lawatan mereka merisik perkahwinan anak perempuan mereka di Kazakhstan.

“Perancangan lawatan PM ke Kazakh dibuat lama sebelum pertunangan anak perempuannya. Malah ia sebagai lawatan balas lawatan Presiden Nazarbayev ke Malaysia semasa zaman Pak Lah,“ katanyanya merujuk kepada lawatan President Nursultan Abishuly Nazarbayev ke Malaysia pada 2006 ketika Tun Abdullah Ahmad badawi menjadi perdana menteri.

NONEAnak gadis Najib, Nooryana Najwa dijadual berkahwin dengan seorang pembesar Kazakhstan.

Menjawab tweet lain, yang menuduh Khairy cuba mempertahankan salah laku Najib, beliau berkata “ Saya tidak bercakap bagi pihak sesiapa. Saya pegawai kanan Umno dan bercakap bagi pihak parti saya.”

Dzulkefly pada sidang akhbar semalam berkata tindakan Najib itu tidak ada kelas langsung iaitu menggunakan wang kerajaan dan rakyat untuk urusan peribadi.

Katanya, ini pula bukan pertama kali dan semasa anaknya menerima ijazah di Universiti Georgetown, Washington, Amerika Najib dan keluarga juga ke sana dengan program rasmi kerajaan.

ucsi integrity congress 160910 dzulkeflyKhairy juga berkata tindakan Dzulkefly menyebarkan pembohongan keji itu adalah tindakan yang terdesak.

“Saya sangka Dr Dzul lelaki baik. Tak sangka beliau sanggup buat pembohongan yang sebegitu keji dan sebegitu terdesak memutar-belitkan cerita,” tulisnya.

Dzulkefly (kanan) yang kemudiannya menyertai 'perang' di twitter itu menggesa Khairy supaya “menyoal gerak hatinya” jika beliau tidak faham isu yang ditimbulkannya.

Beliau juga mengulangi cerita khalifah Umayyad Umar Abdul Aziz, yang pernah mempunyai dua batang lilin berlainan yang ditempatkan di sisi katilnya dan hanya menyalakan lilin yang dibeli dari dana awam untuk urusan rasmi manakala jika dikejutkan oleh kawan-kawan atau ahli keluarganya untuk membincangkan hal peribadi, baginda menggunakan lilin yang dibeli melalui wangnya sendiri.

Isu itu “dari segi moral amat jelas,” kata Dzulkefly sambil mempertahankan hujah yang diluahkannya semalam.

3 comments:

Anonymous said...

Saya amat bersetuju dengan "Kadang kadang Kita saja cari pasal. Saja Bagi bolaTanggung pada pembangkang"

Pemimpin-pemimpin dari BN mahu pun Umno haruslah berhati-hati, setiap gerak geri kita diperhati, malah ada yang terakam pun. Jadi jangan lah ianya menjadi satu isu yang sukar untuk dibela.


Kadang kala puak puak pembangkang ini sengaja mengambil kesempatan tersebut untuk memanipulasikan isu.

Awas lah.. pilihan raya dah dekat ni..

WARGA SEBELUM MERDEKA

Anonymous said...

Kapada Dr.Dzulkefly ..
kenapa kau beriya-ya sangat nak timbulkan perkara yang belum tentu benar nya...????
Kenapa tak kau persoalkan perbuatan DAPigs yang terang2 berat sebelah??? Kau takut dengan cina komunis??? Belajar saja tinggi
jadi doctor...tapi kecut dengan cina. Pihak hamPAS tak ada teloq dan memang hamPAS jadi kuda tonggangan DAPigs.

Against The Wind said...

anon 9:23 memang sudah kerja mereka orang PAS untuk menimbulka buruk sangka di mata rakyat terhadap BN. Makanya kita harus berhati hati dan tidak memberi peluang kepada mereka dgn tindakan kurang cerdik kita sendiri.

anon 9:04 Pemimpin kita lupa sekrang bukan zaman kalau letak monyet pun boleh menang di mana mana kawasan. Mereka lupa kita sudah tidak ada competitive advantage. Lalu tingkah laku pemimpin masih lagi seperti mereka tidak boleh di usik atau di jatuhkan.

Hopefully we all can improve on this.