Thursday, June 9, 2011

Bila orang kafir di suruh Tadbir Masjid ....

Bila DAP perintah Pulau Pinang, mereka tidak faham apa itu Islam.  Tapi yang lagi parah bila PAS dan PKR pun ikut telunjuk orang kafir. Nasib baik ada UMNO Pulau Pinang yang di pimpin oleh orang Islam yang mengikuti ajaran Islam sebenar termasuk lah menunaikan haji.  Orang Kafir tidak pernah sampai ke Mekah dan mereka tidak akan faham bagaimana Masjid dan Surau di uruskan atas dasar musyuarah dan tolak ansur.  Jadi pada PAS dan PKR jangan lah kamu menjadi talibarut orang kafir secara sedar atau tidak, kerana rugi kamu dunia dan akhirat.

Dato' Zainal Abidin bin Osman 
Tindakan kerajaan DAP Pulau Pinang mahu mandakan pilihan raya masjid menyebabkan Badan Perhubungan UMNO negeri itu akan menghadap Yang di-Pertuan Agong, Tuanku Mizan Zainal Abidin. Ini bertujuan merayu perkenan Agong supaya pilihan raya masjid di Pulau Pinang ditangguhkan dan dikaji semula demi menjaga keharmonian institusi Islam itu.
Utusan melaporkan, Pengerusi UMNO Pulau Pinang, Datuk Zainal Abidin Osman berkata, atas kapasiti Tuanku Mizan sebagai Ketua Agama Islam di Pulau Pinang, pihaknya merayu supaya keputusan kerajaan negeri untuk melaksanakan pilihan raya itu dikaji sedalam-dalamnya kerana melibatkan kepentingan umat Islam.
"Sudah wujud kegelisahan dalam kalangan masyarakat Islam termasuk anak-anak kariah yang bimbang terhadap suasana masjid yang mahu dijadikan pentas mencari pengaruh politik partisan.
"Kita akan ajukan rayuan mengenai perkara ini kepada Yang di-Pertuan Agong dan kita serahkan kepada kebijaksanaan Seri Paduka untuk meneliti perkara ini," katanya.
Media sebelum ini menyiarkan keputusan Kerajaan DAP Pulau Pinang untuk mengadakan pilihan raya bagi jawatan kuasa masjid mulai tahun ini iaitu perkembangan yang dilihat bakal menjerumuskan institusi masjid ke kancah politik kepartian.
Keputusan itu mendapat bantahan ramai pihak yang menyifatkan ia agenda tersembunyi pihak tertentu yang mahu memporak-perandakan institusi masjid sebagai pusat perpaduan umat Islam khususnya di Pulau Pinang.
Zainal Abidin berkata, pilihan raya masjid itu bukan sahaja bermotifkan politik malah bakal mengheret jawatan kuasa kariah masjid dalam kancah perpecahan apabila wujud aktiviti berkempen, mengadu domba serta memburuk-burukkan antara satu sama lain.
Malah katanya, kaedah pelaksanaan pilihan raya itu juga sangat lemah dan longgar sehingga boleh menimbulkan rasa syak wasangka dalam kalangan kariah masjid sekali gus memungkinkan perseteruan serius berlaku.
"Lebih penting, masjid mahu dijadikan tempat membuang undi sedangkan ia tempat beribadat dan tempat untuk meluaskan syiar Islam. Pilihan raya ala politik ini hanya akan meniupkan api perpecahan dan perbalahan," tegasnya.
Beliau turut mempersoalkan mengapa kaedah pemilihan sebelum ini yang menekankan konsep musyawarah dalam kalangan anak kariah dari surau-surau setiap kampung mahu diubah secara tiba-tiba sedangkan ia terbukti berkesan menjaga keharmonian jawatankuasa masjid.
Katanya, sistem sedia ada yang diamalkan sejak lebih 50 tahun lalu membolehkan wakil dari setiap kampung menduduki jawatankuasa masjid supaya apa jua aktiviti dapat dilakukan dengan penglibatan menyeluruh masyarakat tanpa mengira fahaman politik.
"Pada masa sekarang pun, ahli jawatankuasa masjid bukan dikuasai mana-mana parti politik, malah mereka boleh duduk bersama-sama atas semangat persaudaraan. Kenapa suasana harmoni ini mahu dirosakkan?
"Justeru, kita minta anak-anak kariah di Pulau Pinang supaya berfikir dengan kebijaksanaan, jangan biar pihak tertentu menjadikan kita alat untuk merosakkan perpaduan sesama umat Islam," jelasnya.7/6/2011

1 comment:

Anonymous said...

Satu usaha yang kata orang 'buku bertemu ruas....sepatutnya saperti yang sedia maklum oleh rakyat negara ini bahawa bila bersabit dengan isu ugama ketuannya adalah Raja2 Melayu dan YDPA ..tidak seharusnya dibenarkan diperlekehkan oleh mana2 golongan politik.

Usaha yang sepatutnya dilakukan oleh setiap orang...menghadap dan menghantar memo keistana..demi kemuliaan Islam.

Semoga duli2 tuanku campur tangan dalam hal agama ...jangan dibiarkan berlarutan yang memungkinkan kemurkaan Allah keatas kita semua.

Wallahuwa'lam