Renung renungkan lah artikel di bawah ini yang secara am nya melihat keadaan UMNO Selangor. Betul atau tidak you folks decide.
UMNO / Barisan Nasional menerima tamparan yang cukup hebat pada Pilihanraya Umum (PRU) ke 12 tahun 2008. Negeri yang mereka tak sangka boleh di kalahkan Pakatan Pembangkang, telah jatuh dengan majority, iaitu Negeri Selangor Darul Ehsan.
Negeri yang cukup kaya dengan hasil semulajadi, bandaraya bandaraya besar, lebuh raya yang cukup canggih, infrastructure yang cukup baik, tanah yang cukup luas, tetapi yang paling penting, Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK atau Gross Domestic Product dalam bahasa Inggeris) untuk Negeri Selangor adalah 75% daripada seluruh Negara Malaysia termasuk Sabah dan Sarawak.
Bayangkan 75% hasil KDNK sekarang berada di tangan Pakatan Pembangkang. Hasil kekayaan Negeri Selangor Darul Ehsan sekarang di tadbir oleh Kerajaan Pakatan Pembangkang.
UMNO Selangor sudah kronik dengan barah yang merebak dengan begitu cepat dan tidak ada apa yang boleh di lakukan oleh Timbalan Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Negeri Selangor kerana kemungkinan besar, bahagian dia juga di landa masalah kronik yang dia tidak dapat selesaikan, dan lebih dari setengah Ahli Jawatasan Kuasa Bahagian dia tidak menyokong secara seluruhan, bah nak selesai masalah satu negeri Selangor dengan Ketua Ketua Bahagian yang cukup lantang dan dahagakan perubahan yang tidak di bawa oleh Timbalan Pengerusi Badan Perhubungan ini.
Ramai yang tanya, sudah tiga tahun Negeri Selangor jatuh kepada Pakatan Pembangkang. Dari mencari masalah dalaman yang hari hari timbul di surat khabar, alam maya dan media sosial, kenapa Bahagian Bahagian UMNO di Selangor tidak boleh bersatu membawa amanah dan matlamat Presiden UMNO untuk menang majority pada PRU ke 13 yang akan di adakan tidak lama lagi.
Apa masalah Bahagian Bahagian UMNO Negeri Selangor yang begitu kronik dan barah, sampai arahan Presiden UMNO di abai kan kerana lebih mementingkan apa yang akan di dapat di dunia dan lupa pada akhirat ?
Di mana mana perjumpaan dengan pemimpin pemimpin UMNO Negeri Selangor, anda akan dengar ceramah yang sama “ UMNO AKAN MENANG MAJORITI DI NEGERI SELANGOR PADA PRU 13 KERANA MELAYU SUDAH BERALIH BALIK KEPADA UMNO”.
Pendengar adalah orang UMNO, penceramah adalah orang UMNO, yang bekerja bawa kerusi, meja, khemah, makan minum adalah kontraktor UMNO. Kalau kita minta Pemimpin ini berdepan dengan rakyat atas pagar atau penyokong Pakatan Pembangkang, macam macam alasan akan keluar daripada mulut mereka kerana TAKUT di malu kan oleh rakyat di depan penyokong penyokong tegar mereka.
Perasaan malu ini memberi mereka alasan untuk tidak berdepan dengan mereka yang marah kepada UMNO sampai tumbangkan Barisan Nasional pada PRU 12 lalu. Perasaan malu dan penolakan dengan begitu sahaja untuk tidak berdepan dengan rakyat, akan bawa bencana yang lebih teruk kepada UMNO Selangor dan Barisan Nasional Selangor pada PRU ke 13 di mana kemungkinan UMNO akan kalah buat selama lama nya di Negeri 75% KDNK ini.
Adakah UMNO Selangor takut ? Adakah mereka tak kisah ? Adakah mereka tidak faham politik ? Atau mereka sahaja buat diam dan bodoh supaya durian runtuh tiba sebelum PRU depan untuk mereka keluar dari ‘COMFORT ZONE’ dan berdepan dengan rakyat ?
Cawangan cawangan UMNO yang sudah ada selama berpuluh tahun tidak ada pejabat. Pejabat pejabat UMNO yang bertapak di tanah Kerajaan sebelum PRU 12 di tutup dan di halau oleh Kerajaan Pakatan Pembangkang, yang menggunakan untuk parti parti mereka pula.
Ketua Bahagian UMNO Petaling Jaya Selatan yang keluar parti dan masuk PAS terus menukar pejabat dia yang dulu adalah Pejabat Bahagian UMNO PJS kepada pejabat baru parti PAS. Ini adalah scenario politik hari ini. Adakah UMNO Selangor masih hendak bercatur di antara mereka dan lupa kehendak rakyat. Rakyat yang telah mengundi mereka keluar dari Negeri Selangor Darul Ehsan. Masih tidak faham lagi ?
Presiden UMNO sepatutnya lebih berani untuk berdepan dengan mereka yang anggap kebal di UMNO Selangor dan melantik seorang yang kualiti nya seperti Allahyarham Tun Dr Ismail yang menjaga amanah dan tanggungjawab Allahyarham ayahanda Presiden UMNO satu ketika dahulu.
UMNO SELANGOR sudah kronik dengan barah yang bias dan berlarutan. Kalau keadaan ini tidak berubah sebelum bulan Jun, Negeri Selangor Darul Ehsan tak payah UMNO Selangor nak heboh heboh dapat di menang kembali kerana gandingan PAS dan DAP dalam Pakatan Pembangkang akan pastikan Barisan Nasional tidak mengambil kembali Negeri 75% KDNK dari seluruh Negara. Negeri paling kaya di Malaysia.
No comments:
Post a Comment