Wednesday, May 25, 2011

Muhyidin talak standard maa


Lim Kit Siang yang sudah tua beri nasihat pada Muhyidin, dan Zadi Hamidi.  Muhyidin tidak ada standard.

Ini adalah diantara artikel artikel yang and boleh baca di Roketkini .com 

Siapa siapa mahu pergi syurga secara ekspress jangan lupa naik ini roketkini.

KUALA LUMPUR 25 MEI – Amaran Tan Sri Muhyiddin Yassin supaya orang Melayu tidak terpedaya dengan DAP menunjukkan beliau langsung tidak berwibawa, kata Ketua Parlimen DAP Lim Kit Siang.

Beliau berkata, kenyataan itu ternyata satu pembohongan, langsung menunjukkan betapa tidak berilmunya Muhyiddin yang juga Timbalan Presiden UMNO.

Pada 24 Mei lalu, Naib Presiden UMNO Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi turut memberi amaran agar Melayu tidak terperangkap dengan hajat besar DAP yang kononnya mahu memerintah Malaysia.

Kit Siang menjelaskan sejak pilihan raya pertama yang disertai DAP pada 1969, DAP telah meletakkan seorang calon Melayu untuk Parlimen, dan sembilan calon DUN yang merangkumi Johor, Negeri Sembilan, Selangor dan Perak.

Sejak 1969, enam pemimpin Melayu DAP telah memenangi pilihan raya termasuk Allahyarham Ahmad Nor yang menang Parlimen Bayan Baru (1990-1995) di Pulau Pinang.

“Ini adalah bukti kukuh bahawa kita mempunyai Timbalan Perdana Menteri dan Timbalan Presiden Umno yang langsung tak adastandard dan tak ada class,” tegas Kit Siang.

Beliau turut mencabar Muhyiddin dan Zahid  menamakan ahli parlimen atau menteri UMNO sekarang ini yang sanggup menyuarakan kebenaran sehingga disumbat ke dalam penjara untuk mempertahankan kebenaran kaum Melayu, seperti yang pernah dilakukan oleh pemimpin DAP.

Kit Siang juga menggesa agar semua rakyat Malaysia menyoal kembali sebahagian pemimpin UMNO yang mengeluarkan kenyataan membabi-buta tanpa fakta sahih.

“Semua rakyat Malaysia, sama ada Melayu, Cina, India, Kadazan, Iban, Orang Asli dan lain-lain patut menyoal kenapa pemimpin UMNO seperti Muhyiddin dan Zahid Hamidi takut dengan usaha DAP untuk mendapat sokongan Melayu,” katanya. – Roketkini.co

Lihat bagaimana DAP cuba menghasut orang melayu secara halus untuk membenci pemimpin UMNO. TPM di katakan tidak berilmu.

Hujah longgar yang DAP ada wakil rakyat Melayu sejak dulu lagi tidak boleh di pakai kerana kita semua tahu Ahmad Nor hanya lah lembu yang mengikut kata apabila di tarik hidung nya.

Memang ada calun melayu di letak kan di DUN beberapa negeri, ianya boleh di kira dengan jari malahan di letakkan di tempat tempat yang 90%  possibility untuk kalah.

Jadi LKS tak payah lah nak bohong orang Melayu. Cuma orang melayu spesis yang boleh di tipu oleh Anwar Ibrahim sahaja yang percaya dengan DAP.

2 comments:

Anonymous said...

Dia cakap Muhyiddin tak berwibawa sebab nampak secara kasarnya Muhyiddin masih nampak ciri-ciri Melayunya. Mana DAP suka dengan orang macam ni? Tapi orang yang DAP tak suka, saya pasti akan suka.

Against The Wind said...

Anon 10:11 ..Exactly