Monday, May 30, 2011

Semua harga barang akan naik bermula 1 jun,

Harga makanan dijangka meningkat seiring pengumuman kerajaan menaikkan tarif elektrik, kata ketua ekonomis Ratings Agency Malaysia Yeah Kim Leng.

Katanya, ini ekoran industri pengeluaran makanan menggunakan sebahagian besar tenaga elektrik.

"Sebanyak 75 peratus isi rumah terlepas daripada kesan langsung kenaikan tarif elektrik, tetapi mereka akan menghadapi bebannya apabila pengeluar memindakah kos yang lebih tinggi kepada pengguna," katanya ketika dihubungi Malaysiakini.

Hasil daripada tekanan inflasi, Yeah berkata, kerajaan sebaiknya mengatur pemotongan subsidi untuk barangan yang berbeza-beza, sebagai contoh petrol.

"Sekiranya kerajaan memotong subsidi petrol sekarang, ia akan menyebabkan gegaran berganda kepada pengeluar yang akhirnya memindahkan tekanan itu kepada harga barangan pengguna," katanya.

Sebelum ini, Menteri Tenaga, Teknologi Hijau dan Air Datuk Peter Chin Fah Kui bagi pengguna antara 301kW hingga 1000kW unit, tarifnya dinaikkan daripada 0.1 hingga 10 peratus, atau RM0.07 kepada RM30.30 bermula 1 Jun.

Yeah berkata, pengumuman hari ini akan memberikan tekanan kepada kumpulan berpendapatan rendah walaupun jumlahnya mungkin kecil.

"Ia mungkin tidak signifikan namun ia menjadi perbelanjaan tambahan untuk golongan miskin dan perlu ditelan," katanya.



My view:


Penarikan subsidy diesel kepada commercial entity pada 1hb Jun ini bermakna kos pengangkutan lori juga akan bertambah sebanyak 38 sen seliter.


Pasti nya harga barang barang yang tak guna letrik pun akan naik. Sayur dan ikan yang akan di bawa oleh lori pun akan naik harga juga kerana harga diesel akan jadi Rm1.80 kepada pengusaha lori . Dulu mereka membayar hanya Rm1.42 seliter


Taking away subsidy across the board like this is dangerous to political survival of BN.


Subsidy GULA, Diesel, Gas Asli (direct kesan kepada Letrik) Petrol semuanya di kurangkan dalam masa tempoh 3 bulan, akan menyebabkan tekanan yang amat hebat kepada kadar inflasi.


Dalam ertikata lain, ia akan membebankan rakyat secara langsung walaupun potongan subsidy tersebut bukan kepada mereka secara langsung.


Kadang kadang saya terfikir siapa yang menasihatkan kerajaan.


I do support subsidy withdrawal, because we have too eventually but we must do it in a way so that rakyat can absorb the impact without losing faith in the government.


I'm definitely sure we can postpone some of the subsidy cuts. 


Anyway, lets put icing on the cake.. increase the price of RON95.  Why not lets get it done once and for all.


And when PRU13 is call, at best BN will win a slim majority.  And then DS Najib will be ask to step down. Worse case BN lost and we get Lim Kit Siang as the new PM.


Who cares anyway..? rite?



No comments: