Tuesday, May 10, 2011

Rayuan kepada anak anak bangsa ku



Melayu Mudah Lupa’ adalah kata-kata Tun Dr Mahathir yang amat terkenal. Jika ada yang terlupa atau buat-buat lupa eloklah diteliti semula kata-kata tersebut. Tun Dr Mahathir antara lain menyentuh isu-isu berkaitan pencapaian Melayu yang masih rendah, Melayu di zaman penjajah, kelemahan Melayu, Melayu sudah lupa perjuangan dan ubah sikap untuk selamat! Tun Dr Mahathir juga ada menulis mengenai Melayu dalam blognya, bertajuk ‘Melayu Ke Mana’. Perkataan Melayu mudah lupa tetap ada di situ. Banyak reaksi diberi terhadap tulisan beliau. Isu yang dibangkitkan dalam ‘Melayu Ke Mana’ adalah mengenai Melayu majoriti yang sudah menjadi minoriti kerana perpecahan.

Melayu berpecah kepada pelbagai puak dan parti politik. Seperti yang pernah diperingatkan oleh Tun Dr Mahathir suatu ketika dulu, Melayu memang mudah lupa padahal ‘orang dulu-dulu’ sudah mencipta pelbagai peribahasa, simpulan bahasa, perumpamaan untuk sentiasa mengingatkan orang Melayu supaya mereka lebih bersedia menghadapi pelbagai cabaran. Boleh dikatakan semua ungkapan yang dicipta oleh orang Melayu pada masa dulu sudah berlaku ketika ini. Malangnya semua ingatan itu sekadar catatan dalam buku-buku berkaitan untuk tatapan pelajar-pelajar. Begitu juga dengan pelbagai kiasan dan kisah untuk renungan seperti Pak Pandir, Pak Kadok, Lebai Malang dan Mat Jenin. Tidak lupa juga tentang Kitol dan Raja Mendaliar. Semuanya ini juga bertujuan memberi pengajaran kepada orang Melayu. Tetapi malangnya Melayu sudah lupa semua cerita dan kiasan tersebut.

Orang Melayu lupa tentang bersatu teguh bercerai roboh. Ketika ini Melayu berpecah kepada pelbagai puak termasuk dalam politik. Akhirnya mereka menjadi ‘minoriti’. Mereka lupa pesan orang dulu-dulu bahawa sebatang lidi mudah dipatahkan, seikat lidi sukar dipatahkan. Ada yang mengaku mereka mahu bersikap liberal yang mahu hak sama rata dan sama rasa di kalangan pelbagai kaum. Mereka mendakwa orang Melayu pada masa kini sudah mampu menari di tanah rata dan tidak lagi memerlukan ‘tongkat’ untuk berniaga dan belajar sedangkan hakikatnya ketika orang lain sudah mampu menari dengan baik tetapi ‘tarian’ orang Melayu sebenarnya masih sumbang dan keupayaan untuk berjaya dalam ekonomi dan pendidikan juga terbatas. Ada pula Melayu yang mempersoalkan Dasar Ekonomi Baru (DEB), mendabik dada dengan kejayaan yang sudah dinikmati. Padahal mereka yang berjaya hari ini juga kebanyakannya disebabkan oleh ‘tongkat’ DEB. Tanpa ‘tongkat’ itu mereka tidak mungkin menikmati apa yang dimiliki sekarang. Malangnya apabila sudah berjaya, mereka bagaikan kacang lupakan kulit.

Dalam politik hari ini, orang Melayu sanggup melakukan apa sahaja asalkan mereka mendapat sokongan yang diharap-harapkan. Bak kata orang marahkan pijat, kelambu dibakar, tidur terdedah. Jika dulu bermusuh, kini bersahabat. Begitu jugalah yang berlaku sebaliknya. Jika dulu tidak boleh rapat sekarang sudah boleh berpeluk di atas pentas politik. Baguslah begitu... mengeratkan silaturahim. Tetapi akhirnya mereka gagal untuk mengenali musuh dalam selimut, gunting dalam lipatan dan musang berbulu ayam. Mereka lebih selesa mendengar guruh di langit, air di tempayan dicurahkan. Maka ramailah juga di kalangan orang Melayu yang menjadi seperti Pak Pandir, Pak Kadok, Lebai Malang dan Mat Jenin. Apa yang dikejar tidak dapat, yang dikendong berciciran. Lebih malang, Yang dijolok tiada jatuh, penjolok tinggal di atas. Habis madu sepah dibuang. Ketika ini juga untuk berjaya, Melayu sanggup pijak kepala kawan dan tikam belakang.

Sedar atau tidak, orang Melayu ketika ini diasak dari pelbagai sudut disebabkan perpecahan dan kelemahan mereka sendiri lantaran kepentingan politik masing-masing. Ketika orang lain bersatu untuk kepentingan kumpulan mereka, ada pula orang Melayu yang sanggup membuka pekung di dada dan meludah ke langit.

Amat mendukacitakan sudah tidak ada perasaan cubit paha kiri, paha kanan pun sakit juga. Cubalah cubit paha sendiri dahulu, baru mencubit paha orang lain. Kita mengharapkan orang Melayu tidaklah menjadi seperti Pak Kadok, menang sorak kampung tergadai. Ketika orang lain dalam politik bersikap diam-diam ubi berisi menjelang pilihan raya umum akan datang tetapi orang Melayu pula seronok bertelagah sesama sendiri. Ada pula yang bersikap bertelur sebiji riuh sekampung. Melayu tanpa kuasa ekonomi nampaknya masih selesa sekalipun akan hilang kuasa politik.

Sebenarnya banyak lagi ingatan yang sudah ditinggalkan oleh orang Melayu pada masa lalu untuk diambil ingatan. Tetapi Melayu tetap leka dan lupa. Apakah orang Melayu masih berpegang kepada Melayu takkan hilang di dunia seperti diungkapkan oleh Hang Tuah? Memang Melayu tidak akan hilang di dunia tetapi Melayu mampu hilang dunia. Maka ketika itu, nyanyilah puas-puas lagu Warisan yang antara liriknya menyebut ‘bumi dipijak milik orang’. Dan jika Melayu sudah hilang dunia maka sekali lagi kita akan teringat kembali tulisan Tun Dr Mahathir iaitu ‘Melayu Ke Mana’.

3 comments:

Anonymous said...

MCM NI LUPA ATAU NYANYUK...KEH...KEH...KEH...


Mahathir mengutuk ulama', merasakan diri sebagai ulama' al kabir

Beliau menghina ulama’, menghina pandangan Tuan Hj. Ishak Baharum bekas Mufti Selangor yang dipecat, menghina Dr. Harun Din seorang ulama’ yang disegani. Beliau menempelak pandangan ulama’ dalam isu menutup aurat, pertandingan ratu cantik dengan menyatakan ulama’ mentafsir Al Quran untuk kepentingan diri dan ianya bersalahan dari ajaran Islam. Selagi tafsir atau fatwa ulama’ menggugat Mahathir, selagi itulah fatwa tersebut kononnya bertentangan dengan ajaran Islam.

Apakah Mahathir itu layak memberi fatwa dan menjadikan dirinya sorang diktator satu ketika, tetapi juga ulama’ Al Kabir.

Menghina hukum Islam serta memberi fatwa baru

Beliau mempermainkan hukum hudud dengan menempelak bahawa negara Islam yang mengamalkan hudud akan menyebabkan orang Islam semuanya kudung. Beliau juga mempermainkan hukum Allah ini dalam lawak jenakannya. Tidak berupaya melaksanakannya pada masa ini bolehlah dimaafkan tetapi menolak dan mempersendakan Hukum Allah ini adalah melampau dan wajib diperangi.

Menghina Nabi Muhammad sallalhu’alihi wassalam.

Beliau mempermainkan sunnah Rasulullah. Beliau membuat jenaka dengan janggut Nabi. Beliau mempermainkan pakaian ummat Islam yang dipakai Nabi dan para sahabat dengan menyatakan itu pakaian Arab dan bukan Islam.

Berikut ialah petikan kenyataan-kenyataan Mahathir:

(Kenyataan Tun Dr. Mahathir kepada wartawan pada 3hb Mac 1994 di Nilam Puri, Kelantan Darul Naim): Hukum rejam kepada penzina adalah primitif

(Ucapan Tun Dr. Mahathir pada 30 April 1992 di perjumpaan Ketua2 UMNO bahagian Johor). Saya nak tahu siapakan di antara ahli2 Pas yang sanggup memotong tangan orang jika hudud dilaksanakan di Kelantan. Barangkali Nik Aziz akan melakukannya. Jika benar kita nak tengok apa yang berlaku selepas hukum itu nanti.

(Ucapan Tun Dr. Mahathir pada 14 Ogos 1994 di Pasir Mas Kelantan). Sukar dilaksanakan hukum syarak kerana masyarakat Malaysia bukan seratus peratus Islam.

(Ucapan Tun Dr. Mahathir pada 3 Mac 1994 di Pusat Bahasa Arab, Nilam Puri, Kelantan). Apakah hukum hudud mesti dilaksanakan juga walau apa pun keadaan sehingga mendatangkan mudarat kepada orang Islam. Apakah dalam keadaan Islam sudah lemah, hukum2 yang boleh melemahkan lagi orang Islam mesti dilaksanakan? – Ucapan Tun Dr. Mahathir pada 3 Mac 1994 di Pusat Bahasa Arab, Nilam Puri, Kelantan)

(Ucapan Tun Dr. Mahathir pada 3 Mac di Pusat Bahasa Arab, Nilam Puri, Kelantan) Hudud tidak boleh dilaksanakan kerana sukar mendapat saksi yang tidak fasik. -

(Tun Dr. Mahathir Mohamad, temubualnya dengan media massa, 14 Julai 1992) "Apabila hukum rejam batu sampai mati kepada penzina dan potong tangan kepada pencuri, nescaya ramailah rakyat Islam yang mati dan kudung tangan.Ini sangat memalukan ummat Islam, kerana orang bukan Islam akan sempurna sifatnya dan boleh meneruskan kerja."

(Tun Dr. Mahathir Mohamad, ucapannya di Pusat Bahasa Nilam Puri, Kelantan, 3 Mac1994. "Saya cabar Kelantan laksana hukum hudud di depan orang bukan Islam."

(Tun Dr. Mahathir Mohamad, ucapannya di Pusat Bahasa Nilam Puri, Kelantan, 3 Mac 1994) Hudud tidak boleh dilaksanakan kerana sukar mendapat saksi yang tidak fasik

Anonymous said...

(Tun Dr. Mahathir Mohamad, ucapannya di Pasir Mas, 14 Ogos 1994). "Al-Quran perlu ditafsirkan semula untuk disesuaikan dengan keadaan masa kini."

(Tun Dr. Mahathir Mohamad, temubualnya dengan media massa selepas sidang Majlis Tertinggi UMNO, 1994). "Saya akan mempastikan bahawa negeri-negeri yang diperintah oleh Barisan Nasional tidak akan melaksanakan hukum hudud."

(Tun Dr. Mahathir Mohamad, ucapannya di Pasir Mas, Kelantan, 14 Ogos 1994). "Kerja yang paling sesuai bagi Tok Guru (ulama') ialah mengajar, bukan mentadbir."

(Tun Dr. Mahathir Mohamad, ucapannya di Pasir Mas, Kelantan, 14 Ogos 1994). "Sukar dilaksanakan hukum syarak kerana masyarakat Malaysia bukan seratus peratus Islam".

(Tun Dr. Mahathir Mohamad, ucapannya di Pasir Mas, Kelantan, 14 Ogos 1994). "Kita (Kerajaan Pusat) akan ambil tindakan jika Kelantan meneruskan usaha melaksanakan hudud."

(Tun Dr. Mahathir Mohamad, kenyataannya kepada wartawan, 30 April 1992). "Bukan kerana dengan melaksanakan hukum hudud saja kita boleh menjadi Islam. Kita tengok banyak negara Islam yang tidak melaksanakan hukum hudud, tetapi tidak bermakna mereka tidak Islam."

(Tun Dr. Mahathir Mohamad, temubualnya dengan wartawan, 18 Ogos 1991. "Perlaksanaaan hukum hudud boleh menyebabkan umat Islam menjadi mundur kerana tidak boleh bersaing dengan orang bukan Islam apabila orang Islam dipotong tangannya dan dilakukan hukum hudud yang lain, sedangkan orang bukan Islam tidak dikenakan."

(Tun Dr. Mahathir Mohamad, bercakap kepada wartawan, 24 April 1992) . "Jika mereka hendakkan sangat hukum hudud, mereka kenalah cuba hukum mereka sendiri atau mahkamah mereka sendiri. Mereka seronok nak potong tangan orang, seolah-olah jika tidak potong tangan, tidak Islam. Sekarang kita nak tengoklah mereka boleh buat atau tidak."

(Dr. Tun Dr. Mahathir Mohamad, ucapannya di Papar, Sabah, 2 Mei 1992). "Bagaimana kita boleh maju kalau orang Islam sudah tidak ada tangan dan kaki? Bagaimana mereka mahu bersaing dengan bangsa-bangsa lain, kalau sifatnya sudah tidak cukup? Hukum hudud tidak sesuai dilaksanakan di negara ini yang mempunyai rakyat berbilang kaum dan agama."

(Dr. Tun Dr. Mahathir Mohamad, ucapannya di Pasir Mas, Kelantan, 14 Ogos 1994). "Melaksanakan hukum hudud sehingga melemahkan orang Islam sehingga menjadi masyarakat kucar kacir dan ditindas oleh orang lain tidaklah secucuk dengan ajaran Islam."

(Tun Dr. Mahathir Mohamad 2/5/92) 'Bagaimana kita boleh maju kalau orang Islam rakyat Islam yang mati dan kudung sudah tiada tangan dan kaki. Bagaimana mereka mahu bersaing dengan bangsa-bangsa lain kalau sifatnya sudah tidak cukup. Hukum Hudud tidak sesuai dilaksanakan di negara ini yang mempunyai rakyat berbilang kaum dan agama'.

Memang Mahathir mudah lupa!



Ulasan Tok

Antara ucapan Tun yang mempersendakan nabi ialah pada 11 Mei 2000 di petik dari Berita Harian/ Utusan Malaysia " Hanya yang di perlukan adalah kepada tuhan. Nikmat yang kita dapati bukan daripada orang yang menyampaikan. Jika tidak orang itu , orang lain akan menyampaikan. Jadi kita tidak perlu berterima kasih kepada Nabi Muhammad saw."



" Jika tidak nabi Muhamad saw, orang lain akan diUtuskan untuk menyampaikan ajaran Islam. Olehn itu TIDASK perlu kita mengagong-agongkan Nabi Muhamad, memadalah sekadar bersukur kepada Allah swt sahaja."

Lihat betapa dangkalnya pendapat Tun M, beliau bukan sahaja menghina nabi malah mempertikaikan Allah Taala menjadikan Nabi Muhamad sebagai Hatamul Ambiak (Nabi terakhir).



Jelas Tun M ada pemimpin sekuler seperti Mustafa Kamal Arttatur

Against The Wind said...

I used Tun Mahathir as mukadimah artikel.

Tun Mahathir adalah sejarah, ada yang suka ada yang tidak dengan beliau.

Namun artikel saya bukan pasal TUn Mahathir .Please do not miss the point highlighted.

Untuk perpaduan Ummah juga yang amat ditekan kan oleh agama ISlam kita juga. Thank you