Mahfuz yang juga ahli parlimen Pokok Sena berpendapat Zeti Akhtar mempunyai kelayakan dan berkemampuan untuk memegang jawatan tersebut.

"Jadi saya fikir jawatan tersebut (perlu) dipindahkan ke Asia... Kecemerlangan dan ketegasan yang ada pada Tan Sri Zeti melayakkan beliau duduk di situ," katanya dalam satu sidang media di ibu negara.
Mahfuz berkata demikian bagi mengulas kekosongan kerusi pengarah urusan badan dunia itu selepas Dominique dilapor melepaskan jawatannya beberapa hari lalu atas tuduhan tersebut.
Beliau didakwa atas tuduhan melakukan serangan seksual termasuk merogol seorang pekerja hotel berusia 32 tahun dalam kejadian di Hotel Sofitel, di New York minggu lalu.
Mengulas lanjut, ahli parlimen Pokok Sena itu berkata Zeti juga mampu untuk menguruskan badan kewangan dunia itu berdasarkan pengalaman Malaysia yang memperkenalkan perbankan Islam di negara ini.
"Ini boleh dibawa supaya IMF dapat melihat sendiri bagaimana unsur-unsur perbankan Islam ini, dapat diterapkan dalam sistem kewangan dunia hari ini.
"Ini peluang terbaik, bagi saya, apatah lagi kita dapat mencalonkan seorang wanita sebagai pengarah urusan IMF," katanya.
No comments:
Post a Comment