Tuesday, May 3, 2011

Empat Saksi surah An- Nuur Ayat 4





bismillahirrahmanirrahim,


Surah An - Nuur
4]
Dan orang-orang yang melemparkan tuduhan (zina) kepada perempuan yang terpelihara kehormatannya, kemudian mereka tidak membawakan empat orang saksi, maka sebatlah mereka delapan puluh kali sebat; dan janganlah kamu menerima persaksian mereka itu selama-lamanya; kerana mereka adalah orang-orang yang fasik; - 



6]
Dan orang-orang yang menuduh isterinya berzina, sedang mereka tidak ada saksi-saksi (yang mengesahkan tuduhannya itu) hanya dirinya sendiri, maka persaksian (sah pada syarak) bagi seseorang yang menuduh itu hendaklah ia bersumpah dengan nama Allah, empat kali, bahawa sesungguhnya ia dari orang-orang yang benar; -
[7]
Dan sumpah yang kelima (hendaklah ia berkata): Bahawa laknat Allah akan menimpa dirinya jika ia dari orang-orang yang dusta. 

13]
Sepatutnya mereka (yang menuduh) membawa empat orang saksi membuktikan tuduhan itu. Oleh kerana mereka tidak mendatangkan empat orang saksi, maka mereka itu pada sisi hukum Allah, adalah orang-orang yang dusta. 





Apa mungkin saya tersilap pandang? Atau apakah Ayat Ayat Quran di atas secara terus menerangkan kepada kita soal hukum qazaf?


Apa ada hadith hadith yang menghuraikan lagi ayat  4 dan ayat 13 surah An - Nuur.? Pembaca yang budiman sila komen supaya saya lebih faham.


Bukan kah qazaf itu hanya boleh di guna pakai sekiranya yang tertuduh itu adalas seorang perempuan yang terperlihara kehormatan nya?

Atau apabila anda menuduh isteri anda berkaku curang?


Bolehkah ayat yang sama di guna kan untuk membela seorang lelaki yang punya sejarah yang kotor?


Secara langsung saya berani cakap Ayat ayat di atas secara terus terang adalah untuk memelihara nama baik seorang wanita yang di fitnah atau pun seorang isteri yng di tuduh curang atas dasar untuk melindungi kaum  perempuan  kerana mereka adalah  kaum yang lemah dan mudah di fitnah.
.
Langsung tiada andaian bahawa Ayat ayat di atas boleh di gunakan untuk membela seorang lelaki 64 tahun dan sehat tubuh badan dan mampu membela dirinya sendiri bukan soeorang perempuan yang lemah.

POKOK PANGKAL NYA KITA SENDIRI TIDAK BERANI BERHUJAH MEGGUNAKAN AYAT AYAT ALQURAN KERANA KITA DI LARANG UNTUK MENGGUNAKAN AKAL DARI BERFIKIR.


KITA HANYA PERLU DI SOGOKKAN DENGAN INTERPRETASI AYAT TERSEBUT DARI ULAMAK YANG BERBAGAI , HATTA ULAMAK YANG MENGGUNAKAN ALQURAN DAN HADITH UNTUK KEPENTINGAN PERIBADI MEREKA PUN KITA HARUS TERIMA TANPA DI SANGKAL..


WALLAHUALAM


.

3 comments:

Mae said...

Setuju dgn Tuan, ayat ini mungkin untuk melindungi wanita yang baik dari dituduh Zina. Jelas dinyatakan 'wanita'. Allah mahu lindungi wanita yang lemah. Jadi, kalau kita menuduh lelaki berzina, tak payah 4 saksi. Lelaki kan ada 9 akal, maka boleh di gunakan bukti-bukti saintifik.

zamsalam said...

SAKSI..?

1. Sekali lagi peranan Ulamak diperlukan untuk membuat pentafsiran yang berani.

2. Adakah saksi WAJIB memerlukan elemen "orang"? Apakah "rakaman CCTV boleh dianggap saksi? atau ujian DNA? atau ujian bohong "poligraf"?

3. Fatwa Ulamak juga harus selaras dengan teknologi terkini.


p/s: Tafsiran alQuran dulu "zaratin" adalah "biji sawi"; lepas itu diubah menjadi "zarah" sahaja. Namun kini, unsur yang paling halus yang dijumpai mungkin "neutron"? "Quart"? "String"?

Anonymous said...

al - quran dn hadis ttp didahulukan. ulama nie sume pengkaji al'quran, hadis. jgn buat undng2 sndiri.

knape ader mase rkm video tapi tader mase na bwak 4org saksi yg
berIMAN, ADIL, BALIGH, LELAKI