Thursday, May 26, 2011

BUKU JINGGA PASTI GAGAL - Malaysia bakal bankrupt dalam masa 2 tahun



Buku Jingga menjanjikan beberapa perkara utama yang melibatkan kewangan negara

Antara lain:

Pengambilalihan konsesi-konsensi lebuhraya negara
Pemberian RM500 kepada kakitangan kerajaan bermula dengan guru-guru
Menyediakan perkhidmatan internet Wi-Fi percuma kepada rakyat di kawasan bandar dan separa bandar
Meningkatkan pendapatan isirumah kepada tahap minima RM4,000 sebulan
Penghapusan subsidi RM19 billion kepada IPP (Independent Power Producer – Penjana Tenaga Bebas)
Menaikan royalti minyak kepada Sabah, Sarawak, Terengganu dan Kelantan kepada 20%



(1) Pengambilalihan konsesi-konsensi lebuhraya negara
Kos kepada kerajaan RM50 billion

Dasar PR ini mengarahkan kerajaan membuat tawaran pembelian saham-saham 19 syarikat konsesi lebuhraya yang dipegang oleh pelabur swasta. Kos pengambilan 19 lebuhraya melibatkan kos tidak kurang dari RM50 billion. Angka RM50 billion adalah tawaran terbaik buat masa ini kepada pemegang saham swasta oleh sebuah syarikat bernama Asas Serba Sdn Bhd. Besar kemungkinan pemegang saham swasta tidak akan menerima tawaran kerajaan yang lebih rendah dari RM50 billion



‎(2) Meningkatkan pendapatan isirumah kepada tahap minima RM4,000 sebulan
Kos kepada kerajaan minima RM93.9 billion setahun

Untuk memastikan setiap isirumah mendapat RM4,000 dalam masa lima tahun, pendapatan isirumah mesti berkembang pada kadar 21.7%. Ini adalah satu perkara yang susah direalisasikan buat masa ini. Kalau kita ambil contoh ekonomi yang paling pesat membangun di dunia untuk dibuat perbandingan iaitu ekonomi negara China, pendapatan isirumah mereka hanya berkembang pada tahap lebih kurang 10% sahaja setahun (sumber: National Bureau of Statistics China). Di Thailand dengan ekonomi yang memberangsangkan, kadar ini hanya 6.3% (sumber: National Statistical Office Thailand).

Jika PR gagal mengembangkan pendapatan isirumah pada kadar 21.7% (dan ini mungkin berlaku), PR terpaksa menokok sejumlah wang untuk memastikan janji mereka ditunaikan. Berapakah yang perlu PR belanjakan?



`Peratusan isirumah yang berpendapatan RM4,000 kebawah ialah 67.1% (atau 3.8 juta isirumah). Untuk memastikan pendapatan isirumah mencapai RM4,000, secara puratanya PR terpaksa menokok wang tunai sebanyak RM2,045 sebulan setiap isirumah. Ini bermakna untuk setahun jumlah yang akan dibelanjakan oleh kerajaan PR ialah RM93 billion (untuk 3 tahun jumlah itu menjangkau RM279 billion. Untuk 5 tahun jumlahnya ialah RM465 billion).`


(3) Pemberian RM500 kepada kakitangan kerajaan bermula dengan guru-guru
Kos kepada kerajaan RM2.4 billion

Jumlah guru di Malaysia lebih kurang 400,000 orang. Penambahan gaji RM500 seorang akan memakan kos sebanyak RM2.4 billion setahun (RM500 X 400,000 orang X 12 bulan).
Saya berpendapat besar kemungkinan PR tidak akan dapat menolak desakan kakitangan kerajaan yang lain untuk mendapat kenaikan gaji yang sama. Kalau ini berlaku maka kos akan meinngkat kepada RM7.2 billion setahun (RM500 x 1,200,000 orang kakitangan kerajaan X 12 bulan)



‎(4) Menyediakan perkhidmatan internet Wi-Fi percuma kepada rakyat di kawasan bandar dan separa bandar
Kos kepada kerajaan RM1.2 billion

Mengikut anggaran syarikat Wireless@KL, untuk membangunkan prasarana dan perkhidmatan Wi-Fi percuma di Kuala Lumpur (luas 244km persegi) sahaja akan memakan belanja RM64 juta (Capex RM50juta, Opex RM14juta). Kalau dikembangkan ke kawasan bandar dan separa bandar di Kangar, Ipoh, Pulau Pinang, Alor Setar, Petaling Jaya, Melaka, Seremban, Johor Bahru, Kuantan, Kuala Terengganu, Kota Bahru, Kota Kinabalu dan Kuching, kos yang dianggarkan ialah RM1.2 billion.



(5) Menaikkan bayaran royalti kepada Sabah, Sarawak, Terengganu dan Kelantan kepada  20% - 
Kos kepada kerajaan RM12.5 billion (jika andaian Petronas mengekalkan tahap “retained profits”nya.

Dengan 5 perkara ekonomi diatas sahaja, bajet kerajaan PR akan mengalami defisit yang teruk dan hutang kerajaan PR akan melonjak naik.

Oleh kerana Buku Jingga tidak mempunyai maklumat tentang defisit bajet (peratusan dari KDNK), saya terpaksa menggunakan unjuran peratusan defisit yang diumumkan oleh Perdana Menteri dalam bajet 2011. Jumlah defisit ini bolehlah dikira sebagai “starting point” untuk bajet kerajaan PR jika mereka memerintah Putrajaya.



Defisit bajet untuk setahun pertama ialah:

Defisit 2011 ialah RM39 billion (5.4% dari KDNK), tambah
Kos penghapusan tol RM50 billion (6.92% dari KDNK), tambah
Kos menokok tambah pendapatan isirumah RM93.9 billion (12.99%) dari KDNK), tambah
Kos naik gaji guru RM2.4 billion (0.33% dari KDNK)
Kos Wi-FI percuma RM1.2 billion (0.17% dari KDNK)
Kos tambahan 20% royalti minyak RM12.5 billion (1.73% dari KDNK)

Keseluruhannya defisit bajet PR pada tahun pertama ialah RM199 billion atau 27.54% dari KDNK.

Dengan defisit sebesar itu, kerajaan PR akan berhutang untuk menampung defisit bajet tersebut. Hutang kerajaan PR dianggarkan melonjak kepada RM617.1 billion atau 85.4% dari KDNK. Ini senario tahun pertama PR menjadi kerajaan persekutuan.



Untuk tahun kedua, oleh kerana beberapa perbelanjaan seperti pengambilalihan lebuhraya dan pembinaan prasarana Wi-Fi adalah merupakan perbelanjaan sekali sahaja (one-off), defisit bajet kerajaan PR untuk tahun kedua dijangka turun kepada RM139.3 billion (18% dari KDNK).

Oleh kerana tahun kedua bajet masih lagi defisit, sekali lagi kerajaan PR terpaksa menambah hutang mereka kepada RM783.5 billion (101.3% dari KDNK) untuk menampung defisit bajet untuk tahun kedua.
Maka untuk tahun kedua pemerintahan PR, defisit bajet negara akan melebihi 10% dari KDNK dan hutang kerajaan PR akan melampui 100% dari KDNK. Dengan itu Malaysia akan secara rasminya diistiharkan BANKRAP kerana hutangnya melebihi Keluaran Dalam Negeri Kasar (KDNK)!



Nota:

(1) Anggaran ini hanya mengambil senario dimana kos pengambilan 19 lebuhraya negara ini ialah RM50 billion. Ada pakar ekonomi yang menjangkakan kos pengambilan ini boleh mencecah RM100 billion.

(2) Anggaran ini juga hanya mengambil senario di mana hanya gaji guru yang diberi tambahan RM500 sebulan. Jika semua kakitangan perkhidmatan awam yang berjumkah 1.2 juta mendesak kerajaan PR untuk memberi mereka jumlah yang sama, tambahan kos ialah RM7.2 billion dan bukannya RM2.4 billion setahun.

Dari Mana PR bercadang menambah pendapatannya?

Saya difahamkan bahawa PR merancang untuk menggunakan “penjimatan” RM19 billion yang dipotong dari subsidi kepada Penaja Kuasa Bebas (IPP) untuk menampung dasar-dasar yang saya sebut diatas (sebenarnya fakta Buku Jingga ini adalah salah. RM19 billion bukanlah semuanya subsidi untuk IPP sahaja).



RM19 billion adalah opportunity lost on Petronas sahaja bukan nya cash in governtment account




Conclusion


Dont waste your time reading buku Jingga. All janji manis yang will not be able untuk di laksanakan.


Memang mudah berjanji sesuatu yang kita tidak akan dapat beri apabila kita tahu kita tidak akan berjaya memerintah.

No comments: