Friday, May 20, 2011

Anwar Ibrahim, Straus-Kahn dan Paul Wolfowits, tiga serangkai



Tragedi Greek yang kini menimpa Strauss-Kahn adalah kejadian
terbaru dalam siri kes serupa berkaitan dengan skandal seks yang sebelum ini melibatkan bekas bos Bank Dunia Paul Wolfowitz dan bekas Menteri Kewangan Malaysia (dan teman rapat Wolfowitz ) Anwar Ibrahim.
 
Seperti tiga kacang dalam sebuah bekas, Strauss Kahn,  Anwar Ibrahim dan Paul Wolfowitz, semua nampaknya mempunyai masalah yang boleh menjejaskan masa depan politik mereka, dan juga semua masalah mereka berkaitan dengan wanita (atau dalam kes Anwar, tuduhan yang melibatkan wanita dan juga lelaki). 
 
Satu-satunya perbezaan antara mereka bertiga adalah skandal Wolfowitz tidak melibatkan tuduhan jenayah seksual, tetapi hubungan kerja dua kekasih yang mencetuskan konflik kepentingan.
 
Lihat mereka bertiga dengan perkembangan terbaru masing-masing:






Strauss-Kahn, 62, adalah bekas Menteri Kewangan Perancis yang ramai percaya akan menawar diri sebagai calon pembangkang untuk mencabar Presiden Perancis Nicholas Sarkozy dalam pilihan raya negara itu tidak lama lagi.
Tetapi masalah silamnya dengan kakitangan IMF hampir mengorbankan kerjanya pada tahun 2008, dan Isnin lalu beliau berdepan pula dengan tuduhan serangan seksual yang berkemungkinan besar menamatkan terus kerjayanya.
 
Anwar, 64, adalah bekas Menteri Kewangan Malaysia yang berharap untuk mencabar Perdana Menteri Najib Razak dalam pilihan raya umum akan datang. Tetapi masalah peribadinya dengan seorang pekerja lelaki pada tahun 2008 mungkin menyebabkan beliau kehilangan jawatan sebagai pemimpin pembangkang.
Satu video yang disebarkan secara meluas dipercayai melibatkan beliau dengan wanita bukan isterinya juga mencetuskan kontroversi, dan pada Isnin lalu, mahkamah di Kuala Lumpur memutuskan bahawa wujud prime facie (diperintahkan membela diri), dan ini boleh menamatkan kerjaya beliau.
 
Wolfowitz, 68, adalah bekas Timbalan Setiausaha Pertahanan Amerika Syarikat dan kawan karib Anwar yang kariernya dalam perkhidmatan awam berakhir pada 2007 ketika dia dipaksa meletak jawatan sebagai Presiden Bank Dunia kerana skandal kenaikan gaji lumayan yang beliau tetapkan untuk kekasihnya, sehingga mencetuskan krisis terburuk dalam sejarah Bank Dunia.
 
Berdasarkan dokumen yang diperolehi menggunakan Akta Kebebasan Maklumat (FOIA), mendokumentasikan bagaimana kekasih Wolfowitz,  Shaha Riza telah dibayar gaji lebih tinggi dari Setiausaha Luar Negara Condoleeza Rice oleh sebuah yayasan ditubuhkan dengan dana USD 20 juta dari wang pembayar cukai Amerika Syarikat.
 
Tetapi tuduhan yang lebih serius adalah, menurut laporan pemberi maklumat (whistle blower), Riza telah membantu (melobi) membolehkan Anwar Ibrahim, rakan karib Wolfowitz, dilantik sebagai Pengerusi Yayasan Masa Depan (Foundation for the Future) yang dibiayai oleh State Department. Dan Wolfowitz juga mempertahankan Anwar Ibrahim dalam kes liwat di Malaysia.
 
Jadi samada ia kebetulan, atau samada ia  pola (pattern) tetapi bila melibatkan orang yang menjadi perhatian umum, diamanahkan dengan kepimpinan politik atau pengurusan institusi seperti IMF atau Bank Dunia -dikaitkan dengan skandal seks, ia mencemarkan nama baik individu, organisasi, dan institusi itu sendiri.
 
Dalam kes Wolfowitz, beliau telah meletak jawatan. Dalam kes Anwar, dia sedang diadili. Dalam kes Strauss-Kahn, ia berkemungkinan besar juga akan diadili.
 
Melihat ke depan, selepas Wolfowitz mengundur diri, dan Strauss-Kahn berdepan dengan tuduhan jenayah serangan seksual, adalah satu keajaiban jika masyarakat antarabangsa terus mempertahankan Anwar. 
 
Setelah hampir enam puluh hari bersidang, Anwar telah diperintahkan untuk membela diri oleh mahkamah undang-undang. Retorik lama - seperti yang dibuat dalam kes liwat pertama Anwar, -atas usaha Wolfowitz - akan berbunyi semakin hampa ketika orang-orang yang pernah melaungkan bahawa perbicaraan Anwar mengikut skrip yang sudah ditentukan- semakin tidak kredibel. Hal ini semakin jelas di akhbar Perancis, Jerman, dan Sepanyol.
 
Untuk Anwar dan Strauss-Kahn, kedua-duanya tidak bersalah sehingga terbukti bersalah tetapi kedua-dua didakwa atas 'dosa' seksual untuk kali kedua. Bagi masyarakat antarabangsa yang terlalu malas untuk memerhatikan 'merit' dari dakwaan terhadap Anwar,  juga Strauss-Kahn harus melihat ini sebagai ‘wake-up call’ dan sebagai satu peringatan bahawa anak kesayangan juga boleh menyimpang.- THE NEW LEDGER
 
--------------------------------------------------------------

Terjemahan bebas dari rencana bertajuk Dominique Strauss-Kahn, Anwar Ibrahim, and Paul Wolfowitz: The Woman Troubles of Men Who Oversee Money yang disiarkan oleh The New Ledger pada 16/5/2011.
 
Di sini : http://newledger.com/2011/05/dominique-strauss-kahn-anwar-ibrahim-and-paul-wolfowitz-the-woman-troubles-of-men-who-oversee-money/
 
NOTA PENGARANG: The New Ledger adalah laman web yang dihormati di Amerika Syarikat. Artikelnya akan disiarkan oleh rangkaian RealClearPolitics dan laman web  CBS News. Rencana dan tulisan dalam laman web ini juga sering diterbitkan oleh media berpengaruh seperti US News, World Report, National Public Radio, National Journal, The Hill, Instapundit, dan The Root. – Sumber Wikipedia
AGENDA DAILY

1 comment:

Anonymous said...

Three Stooges ni Birds of a Feather Flock Together. Sama tapi tak serupa sebab Straus-Kahn dan Paul Wolfowits tidak mengatakan scandal mereka Konspirasi BN.. Ha. Ha.. Caught You Anwar.

Kawan2 si ANWAR ni semua one kind ek. El Gore dengan scandal juga dulu siapa tu Pak Gusdur pun ada kes juga yang seorang lagi Estrada pun playboy. Kembang setaman Pandikutee ni memang without Question kaki ....POMPUAN but ANWAR ada Extra kaki Lelaki Y. Be prepared June 6th...around the corner jangan asyik corner baring kot TERBARING DI PEMBARINGAN>