Monday, March 24, 2008

Melayu Pulau Pinang

Salam semua,

Sebagai melayu di negeri Pulau saya ingin memberi komen terhadap issue yang keluar di Malaysia Today.

Saya kupas para by para apa yg saya rasa perlu ..Kenyataan dua paragrapah pertama tak perlu di komen kerana ianya merumuskan keputsan pilihanraya dan apa yang berlaku kita semua sedia maklum.

“Dato Dr Koh Tsu Koon telah menunjukkan watak yang amat matang Dan terpuji apabila beliau menerima kekalahan BN di PP Dan memberi jaminan bahawa akan memastikan peralihan kuasa kerajaan negeri akan di lakukan dengan aman. Kita lihat kerajaan PP paling mula mula di bentuk di semenanjung selepas PRU 12. Sikap seperti ini harus Kita tauladani. Ianya mengambarkan kematangan berpolitik di pihak Dato KSK. “ Barangkali penulis lupa KSK tu siapa..penulis juga barangkali lupa yang bangsa Cina tidak pernah lupa dengan poilitik communal nya…yang mudah lupa orang melayu..yang mudah terbuai dengan gambaran yang kita seharusnya adil dan saksama terhadap semua kaum. Penulis juga lupa KSK barangkali gembira dengan kemenangan DAP. Penulis juga lupa ini mungkin juga percaturan politik kaum Cina? Mungkin ramai yang tidak setuju dengan saya kerana ramai di antara kita yang sudah percaya orang Melayu sudah boleh berdiri sama tinggi dengan bangsa lain. Lantas ada yang sanggup mengundi DAP yang secara terang2 dari dulu sehingga sekarang menentang dasar2 yang ada untuk kepentingan orang melayu. Mudah sekali kita lupa siapa DAP. Kalau mahu di huraikan sini terlalu panjang, maka buat lah kajian sendiri asal usul DAP .. Lim Kit Siang ..Lim Guan Eng…siapa mereka..what do they stand for…

“Saya amat terkilan apabila melihat berita TV3 pada 13/3/08 Dan surat khabar pagi ini dimana UMNO Pulau Pinang meminta kerajaan pusat menarik balik semua projek mega di PP kerana rakyat sudah menolak BN Dan UMNO di PP. Adakah masuk di akal apabila, UMNO PP meminta supaya perkhidmatan bas Syarikat RapidKL di PP di hentikan Dan biarkan kerajaan baru PP mencari penyelesaiannya.” Apa yang tidak masuk akal nya? Rakyat Pulau Pinang secara majority nya ( sila ambil maklum majority penduduk Pulau Pinang adalah bangsa Cina ..melayu Cuma 35%) menolak kerajaan BN. You cannot have the best of both world..so secara pikiran manusia yang kurang cerdik sekalipun.. kalau anda dah menolak BN makna nya secara keseluruhan nya anda menolak apa yang kerajaan BN rancangkan. Apa bolehkah kita berkata ..eh saya tak mau awak jadi kerajaan..tapi awak buat lah projek2 semua… hilang akal lah mereka2 yang berfikiran begitu.

“Orang UMNO selama Hari ini kononnya berdisiplin Dan senatiasa meminta permit polis apabila mengadakan sesuatu perhimpunan kini telah menunjukkan belang mereka. Tanpa kebenaran polis Dan tidak mengindahkan arahan IGP, mereka berarak di PP. UMNO PP telah melakukan PERHIMPUNAN HARAM” Well Cuma orang PKR atau DAP atau PAS atau Bersih atau Hindraf saja yang boleh buat perhimpunan haram..Memang sudah naluri pembangkang buat perhimpunan haram ..makanya giliran UMNO yang menjadi pembangkang di Pualau Pinang playing that role. BEZA NYA ORANG UMNO BERSURAI SETELAH POLIS MENASIHATKAN.. TIDAK ADA YANG BALING BATU ATAU PUKUL POLIS ATAU BAKAR APA2…Masih kuat disiplin orang UMNO walau dalam keadaan tertekan tidak bertindak ganas seperti mana yang berlaku semasa Hindraf Rally atau Reformasi demonstration dulu2.

”Saya ingin bertanya kepada rakyat PP yang telah mengambil bahagian di demonstrasi haram di Komtar pada hari ini . Kerajaan yang di bentuk ini baru berumur 1 minggu. Sudahkah rakyat di tindas? Adakah hak hak orang orang kita telah di nafikan? Belum apa apa lagi kita dah melatah. Sebenarnya siapa yang melatah dan tak senang duduk sehingga menggerakkan rakyat yang tak tau hujung pangkal dengan mengadakan perhimpunan haram di PP? Ini adalah orang orang yang menjadi kaya raya dengan duit rakyat di PP selama ini. Dengan UMNO mereka mendapat projek merata rata. Mereka mendapat projek bukan diatas kekuatan teknikal atau mental. Projek projek mereka semuanya ada kaitan dengan politik UMNO - “aku bagi hang projek, hang jangan lupa aku”. Projek ini memperkayakan orang orang tertentu dan bukan semua orang melayu. “ Ini adalah tuduhan secara rambang bahwa semua pemimpin UMNO adalah corrupt dan mendapat projek yang mereka tidak berhak mendapatnya..atau kah ini perasaan hasad dengki orang melayu yang tidak senang melihat bangsa nya sendiri senang? Maka biarlah DAP yang memerintah supaya semua nya dapat di berikan kepada orang2 mereka..APAKAH PENULIS LUPA BAHWA KUASA EKONOMI MEMANG SUDAH DI TANGAN ORANG CINA? TIDAK C UKOP KUASA EKONOMI KITA BERIKAN PULA KUASA POLITIK KEPADA MEREKA? DAN KITA HARUS BERSYUKUR DAN TERIMA SEMUA INI DENGAN HATI TERBUKA? Supaya akhir nya kita dapat di terima sebagai bangsa yang punya IQ atau EQ? Maka apabila tender terbuka di jalankan di Pulau Pinang.. tiada guna lagi lah syarikat2 melayu yang berdaftar dengan MOF atau segala macam kepala daftar yang di buat sebelum ini. Syarikat2 melayu baik orang UMNO atau bukan…akan bertanding secara terbuka dengan syarikat2 cina yang mempunyai kelebihan dari segi pricing dan sebagainya.. Maka biarlah kita lihat tidak ada lagi yang akan dapat pada orang UMNO supaya kita semua puas hati..BAik bagi kat Cina dari bagi kat UMNO.

Saya akan tambah di bahagian kedua..kerna terlalu panjang..inysaallah..


Thank you

No comments: