Showing posts with label PAS. Show all posts
Showing posts with label PAS. Show all posts

Tuesday, June 14, 2011

Issue pilihanraya Masjid - Pas yang BEBAL! bukan UMNO



ADA MASA DENGARLAH APA YANG YB ZUL NORDIN CAKAP BERKENAAN PILIHANRAYA MASJID.


1. Agenda lebih besar DAP dalam manipulasi terhadap orang Islam.
2. DAP cuba menengahkan issue anak Hanna Yeoh yang malu nak daftar anak nya sebagai India.
3. Banyak lagi issue akan di keluarkan oleh PR untuk menghangatkan demonstrasi BERSIH
4. PAS sekarang bukan macam PAS dulu (YB ZUL yg cakap jgn kata saya cakap)


 Bandingkan pula dengan ulasan AJK PAS PUSAT  Idris Ahmad.  Ulasan Idris agak dangkal penuh dengan hasutan dan fitnah terhadap UMNO. 


PAS menyelar pemimpin Umno yang didakwanya bersikap seperti berpenyakit bebal kerana cuba mengeksploitasi isu pilihan raya masjid yang diperkenalkan kerajaan negeri Pulau Pinang.

pas muktamar 130610 idris ahmadAhli jawatankuasa PAS Pusat Idris Ahmad mendakwa tujuan isu itu diekploitasi dengan harapan "orang Melayu semakin marah dengan Pakatan Rakyat kerana mempolitikkan masjid".

"Mereka akan manipulasi isu ini untuk menuduh kerajaan Pakatan Rakyat menimbulkan kecelaruan kepada orang Islam. 

"Apa yang paling kelakar mereka berhujah kenapa kuil dan gereja tidak ada pemilihan ahli jawatankuasa seperti pemilihan ahli jawatankuasa masjid," katanya dalam satu kenyataaan.

Idris mendakwa Umno sebenarnya mahu melindung kerja jahat mereka terhadap institusi masjid di bawah kerajaan BN kerana didakwa pemilihannya "tidak demokratik dan dipilih oleh pemimpin Umno bukan anak kariah". 



ANDA FIKIRKAN LAH SIAPA YAN MEMPOLITIKAN MASJID? 


SEUMUR HIDUP SAYA TIDAK PERNAH SAYA DENGAR DI DALAM MASJID AYAT YANG MENYURUH KITA MENGUNDI UMNO ATAU BN. TETAPI DAH SELALU SANGAT SAYA DENGAR DI MASJID DAN SURAU SURAU USTAZ USTAZ PAS YANG SENTIASA MENYOGOKKAN UNDI KITA MENGUNDI PAS. SEKARANG APATAH LAGI USTAZ USTAZ BEBAL INI DAH MULA SURUH KITA UNDI DAP KOMUNIS ITU. TERIMAKASIH SAHAJALAH WAHAI PAS. 


ANDA JAWABLAH DI AKHIRAT NANTI DOSA YANG ANDA LAKUKAN MEMANIPULASIKAN AYAT AYAT ALLAH DAN HADITH HADITH NABI UNTUK PANGKAT DAN KEDUDUKAN POLITIK KAMU.





Tuesday, June 7, 2011

Masyaallah... PAS ni fahaman Syiah rupanya sesat dah puak puak ni

Gambar gambar di bawah ini tidak berbohong. Ianya menunjukkan demonstrasi PAS mengusung gambar gambar imam Syiah.  Apa ulama PAS dah terima Syiah sebagai Islam kah?rosak..rosakk

Lengkap lah sebab kita haram menyokong PAS kerana mereka menyokong orang orang yang sesat..




Korang taknak tanya dan tidakkah kamu terfikir kenapa Dalam Demonstrasi PAS, Ramai pula bawa Gambar Imam-Imam Syiah dan Bendera-bendera Syiah?

“Dan sesiapa yang menentang (ajaran) Rasulullah sesudah terang nyata kepadanya kebenaran pertunjuk (yang dibawanya), dan ia pula mengikut jalan yang lain dari jalan orang-orang yang beriman, Kami akan memberikannya kuasa untuk melakukan (kesesatan) yang dipilihnya, dan (pada hari akhirat kelak) Kami akan memasukkannya ke dalam neraka jahanam; dan
neraka jahanam itu adalah seburuk-buruk tempat kembali.i.” (An- Nisaa:115)

“Barang siapa yang mengamalkan sebuah perbuatan yang tidak ada contohnya dari kami, maka amalan tersebut tertolak.”
(Bukhori Muslim)

“Barang siapa yang menyerupai suatu kaum, maka dia termasuk golongan mereka.”
(HR. Ahmad)

“Akan muncul nanti tiga perkara (buruk) sebagai tanda dunia hampir kiamat:


1) Tempat makmur (masjid) telah lengang dan tempat lengang (pasar dan tempat hiburan) telah makmur (di kunjungi ramai).


2) Orang berjuang dan berjihad secara tunjuk perasaan (demonstrasi) .


3) Seorang menggesel amanah saperti unta menggesel badannya di pokok kayu.
(HR At Tabrani).

"Sesungguh nya Allah benci kepada orang yang keji dan membuat perkara yang keji dan menjerit jerit di jalanan."
(HR Ibnu Abi Dunya)

“Seseorang Muslim (yang sempurna keislamannya) ialah apabila Muslim yang lain selamat dari keburukan lidah dan tangannya.” (HR Muslim)

Mat Syabu di mata orang PAS

Attention Utusan Malaysia, Berita Harian , NST , The Star and all Bloggers. Read this article so that you don't wrongly associate Mat Syabu with Anwar again. And mind you Mat Syabu now is the brightest star in PAS and we must be nice to him ..(ya rite you can kiss my ass)



Kebetulan pemilihan dalam Muktamar Tahunan PAS ke 57 kali ini, menyaksikan semua pemenang jawatan Timbalan dan Naib Presiden adalah individu bukan ulamak. Tapi kebetulan yang lain pula Ketua Pemuda dan Muslimat adalah ulamak. Bahkan dalam pemlihan Pemuda, lagi berlaku kebetulan, 13 dari 17 yang dipilih mewakili saf kepimpinan Pemuda adalah dari kalangan ulamak. Sebenarnya siapa pun yang terpilih, jika berlaku persamaan, ia hanya kebetulan dan bukan perancangan dari mana-mana pihak.

Setiap perwakilan yang memangkah kertas undi, memikirkan individu yang dia rasakan layak untuk berada di tempat tersebut. Semua calon yang bertanding adalah ahli PAS, justeru perwakilan tidak akan memikirkan individu ini dari kumpulan ulamak atau tidak kerana semua tahu bahawa tidak wujud pun kumpulan serupa itu. Jika terdapat perwakilan yang terfikir untuk memilih ulamak semuanya, maka ia keputusan individu perwakilan bukan dorongan dari mana-mana kumpulan.

Soalan yang popular ditimbulkan oleh ahi-ahli PAS pada muktamar kali ini ialah; mengapa semua media talibarut BN, khususnya Utusan Malaysia, tiba-tiba begitu prihatin untuk membariskan ulamak dalam kepimpinan PAS, walhal sejak berpuluh tahun ulamak dalam PAS itulah yang menjadi sasaran maki hamun dan fitnah mereka?
Tiada apa yang ikhlas dari lubuk hati editor media-media talibarut BN itu, melainkan cubaan mahu memecahbelahkan PAS. 

Mungkin kerana penggunaan label ‘Erdogan’ tidak berkesan, maka mereka mencari label baru terhadap individu-individu (yang mereka dakwa kumpulan) dari kalangan bukan ulamak yang menang jawatan-jawatan penting dalam PAS. Label tersebut ialah ‘Anwariyun’, kononnya mereka adalah golongan pro Anwar yang mendapat ‘arahan langsung’ dari Ketua Pembangkang itu.

Sepanjang menjadi pendengar sepenuh masa dalam muktamar yang berlangsung selama tiga hari, saya tidak mendengar barang sepatah perkataan ‘Anwar’ diucapkan oleh perwakilan serta pihak kepimpinan ketika berucap. Mungkin saya terlepas dengar atau keluar dewan muktamar sewaktu namanya disebut, lalu saya melakukan pemeriksaan terhadap rakan-rakan perwakilan yang lain, semuanya bersetuju nama Anwar langsung tidak disebut dalam Muktamar PAS. Perwakilan yang membawa usul membantah fitnah video lucah juga tidak menyebut nama Anwar, kerana fokusnya terhadap isu fitnah bukan pembelaan terhadap mana-mana individu. 

Ulasan ini tidak bermaksud untuk memberitahu bahawa Anwar sudah diketepikan oleh PAS tetapi sekadar menjelaskan bahawa pembelaan terhadap manusia bernama Anwar Ibrahim bukan agenda penting dalam perjuangan PAS. Anwar sendiri pun bersetuju bahawa isu kontroversi yang dipaksakan terhadapnya oleh BN hanya untuk mengalih segala kebejatan yang dilakukan oleh BN. Malah dalam mana-mana ceramah Anwar mutakhir ini, beliau tidak beriya-iya mempertahankan dirinya. “Malas nak layan dan buang masa,” itu yang sering diucapkannya.

Paling menarik apabila Timbalan Presiden PAS, Mohamad Sabu dikaitkan dengan ‘Anwariyun’. Sejak tercetus isu Anwar pada 1998 sehingga ke hari ini, Mat Sabu pernah melahirkan simpati terhadap Anwar yang dizalimi oleh BN tapi peminat ceramah Mat Sabu tidak pernah mendengar beliau berhujah mempertahankan Anwar dalam isu-isu tuduhan moral hingga ke aspek teknikal seperti yang dilakukan oleh penceramah tertentu. Mohamad Sabu tidak pernah menjadi ‘peguambela’ Anwar dalam ceramahnya.

Sewaktu negara sibuk dengan isu kerajaan 16 September, Mohamad Sabu muncul dengan kenyataan, “Selama ni saya dok ceramah ajak rakyat tukar kerajaan melalui pilihanraya, saya tak reti kalau nak tukar kerajaan melalui lompat parti, itu bukan cara saya.”

Sekali lagi jangan silap faham, bukan untuk menyatakan perbezaan antara Mat Sabu dan Anwar. Tahalluf siyasi dalam Pakatan Rakyat pasti berlangsung dengan baik dengan terpilihnya Mohamad Sabu di kedudukan nombor 2 parti. Apa yang dinukilkan adalah untuk memberitahu bahawa dakwaan kononnya Mat Sabu adalah dari golongan ‘Anwariyun’ adalah tuduhan yang sangat melucukan.

Hakikatnya golongan ‘Erdogan’ atau ‘Anwariyun’ tidak pernah wujud dalam PAS. Ia adalah ciptaan musuh untuk membina persepsi buruk rakyat terhadap PAS, kononnya PAS berpecah, PAS tiada jati diri dan menerima petunjuk dari luar. 

Semua itu adalah arahan terancang BN melalui media-media talibarut mereka. Siapa lagi yang bijak dan berupaya melakukan semua ini kalau bukan perunding Yahudi BN yang dibayar berjuta-juta dari duit rakyat dalam usaha memulihkan imej BN pasca Tsunami 2008.


Zulkifli Yahaya - Pengarah Urusetia Penerangan Negeri Kedah (PAS)

Saturday, June 4, 2011

Masa depan PAS bercelaru

Tidak sampai 24 jam selepas barisan baru kepemimpin PAS yang memenangi jawatan Timbalan Presiden dan Naib Presiden dibentuk - sudah mula kedengan suara-suara sumbang yang gelisah dan sukar menerima keputusan daripada para perwakilan tersebut. Kegelisahan ini ada rasionalnya - hakikat yang sebenarnya ialah Mat Sabu memenangi jawatan Timbalan Presiden PAS adalah berpunca daripada perpecahan golongan ulama dalam parti tersebut. Sekiranya salah seorang daripada calon ulama untuk jawatan Timbalan Presiden PAS, sama ada Nasharudin mahu pun Tuan Ibrahim menarik diri, InsyaAllah kepimpinan ulama masih boleh dipertahankan.

Realitinya, perwakilan masih menginginkan kepimpinan ulama. Seandainya jumlah undi yang diterima oleh Nasharudin dan Tuan Ibrahim dicampur, maka aspirasi perwakilan PAS masih mahu mengekalkan ulama bagi mengisi jawatan nombor dua parti tersebut. Tetapi - malangnya, keinginan untuk mengejar kuasa dan pengaruh mula menyelubungi kepimpinan ulama sejak beberapa tahun yang lalu, sehingga jawatan tidak lagi dilihat sebagai beban yang akan digalas di akhirat kelak, sebaliknya jawatan dalam parti sudah mula digambarkan sebagai satu bentuk keistimewaan dan jalan pintas untuk menjadi calon dalam pilihan raya umum yang akan datang!

Rata-rata ahli PAS akhir umbi sudah mula menunjukkan rasa tidak puas hati atas kemenangan Mat Sabu sebagai Timbalan Presiden PAS - menurut mereka, jumlah undi yang diterima oleh Mat Sabu membuktikan bahawa majoriti perwakilan masih menolak beliau. Dengan kata mudah - Mat Sabu sebenarnya tidak mendapat sokongan penuh daripada perwakilan PAS, sekali gus menyukarkan beliau untuk melakukan gerak kerja parti.

Beberapa ahli PAS yang jujur dan ikhlas, sudah mula menghidu gerakan sulit bagi menukar wajah PAS kepada bentuk yang lebih "nasional" - Daripada Hukum Hudud menjadi "Keadilan Sejagat", daripada negara Islam menjadi "Negara Berkebajikan" Semua ini merupakan gambaran yang sangat jelas, bahawa terdapat gerakan "bawah tanah" yang cuba memesong dan menukar perjuangan tulen PAS. Tanpa disedari, selangkah demi selangkah, PAS dijauhkan daripada al-Quran dan as-Sunnah, dan perlahan-lahan perkataan Islam diganti dengan perkataan-perkataan lain yang erti dan maksudnya sangat jauh berbeza daripada perjuangan asal PAS.

Sama ada kita sedar atau pun tidak - PAS benar-benar telah dirosakkan oleh Anwar Ibrahim. Sedikit demi sedikit, wajah PAS sudah berubah, yang mana akhirnya umat Melayu-Islam juga yang menanggung kerugian. Inilah natijah daripada membelangkangi perintah Allah, yang melarang umat Islam menjadikan kaum kafir sebagai teman rapat. Firman Allah di dalam surah An-Nisa' ayat 144 yang bermaksud, "Wahai orang-orang yang beriman, janganlah kamu mengambil orang-orang kafir menjadi teman rapat dengan meninggalkan orang-orang yang beriman; adakah kamu hendak mengadakan alasan yang terang nyata bagi Allah untuk (menghukum) kamu?" Lantaran itu, fikir-fikirankah, wallahualam.

Azlishukri.blogspotcom

Friday, June 3, 2011

HJ JADI SURUH LUPA KAN NEGARA ISLAM - KITA BINA NEGARA KEBAJIKAN DGN DAP LAGI BAIK



Ok here we go folks, as expected PAS no longer will give priority kepada penubuhan negara Islam. Nampak nya skrip Hj Hadi macam di tulis oleh DAP,,baguslah ..

APA Beza UMNO dgn PAS? semakin tipis lah perbezaan UMNO dan PAS.  Yang tebal cuma serban PAS sahajalah.

PAS tumpu negara kebajikan, bukan negara Islam
Salhan K Ahmad
Jun 3, 11
2:00pm
Kongsi 201
Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang berkata, belum tiba masanya untuk parti itu meninggalkan usaha membentuk 'negara Islam' – isu yang menjadi duri dalam daging dalam hubungannya bersama DAP sebelum ini.

NONEBagaimanpun, parti itu akan meneruskan gagasan negara berkebajikan yang disepakatinya bersama komponen Pakatan Rakyat kerana perkara yang lebih penting adalah pelaksanaan dan bukannya menumpukan jenama 'negara Islam' itu semata-mata.

“Belum tiba masanya (tinggalkan usaha bentuk negara Islam). Apa yang penting adalah pelaksanaan. Kalau letak jenama saja tak laksana tak ada faedah. Kita mulakan dengan pelaksanaan negara berkebajikan, itu ada dalam Al-Quran, Dia tak sebut negara Islam, Dia sebut negara berkebajikan.

“Sebab itu kalangan DAP melihat sendiri kerjasama kita dengan mereka. DAP kata mereka minum arak, kita tak boleh larang dia. Kita bukan macam kalangan setengah (pemimpin) BN yang boleh minum arak sama,” katanya ketika ditanya dalam satu sidang media hari ini.
Katanya lagi, tema negara berkebajikan – yang turut terdapat dalam agama lain – juga merupakan satu persamaan yang perlu didahulukan.

"Masalah sembahyang lain, halal haram itu lainlah. Itu hak dia... Dalam masalah beramal dengan cara hidup, itu ada perbezaan yang perlu diraikan antara satu sama lain. Ini ada dalam Islam.

Malah, golongan akar umbi PAS juga mahu supaya parti itu meneruskan kerjasama dalam Pakatan, katanya lagi selepas menyampaikan ucap tama dalam muktamarnya ke-57 hari ini.

NONE"Kita berbeza ideologi, agama tapi kita boleh bekerjasama dalam titik persamaan contohnya dalam menegakkan yang adil untuk semua bagi mengatasi masalah kemiskinan.

"Kita telah menjurus kepada polisi dan konsep yang lebih maju kita membuat resolusi dalam konvensyen di Selangor dan Pulau Pinang antaranya kita menerima Islam sebagai agama rasmi persekutuan.

"DAP terima dan semua parti terima. Dalam masa sama kita beri peluang kepada penganut-penganut lain untuk menjalani agama mererka, menerima hak istimewa orang melayu dan bumiputera, itu diterima oleh rakan rakan," katanya lagi.

Sekiranya PR memerintah Kebebasan bersuara akan hilang


Blogger RBF telah di ugut supaya berhenti menulis blog nya. Dua orang samseng di hantar ke kawasan kediaman nya untuk menghantar isyarat supaya Rbf berhati hati. Ini adalah setelah Tbf menulis berkenaan Husam Musam tokoh PAS.

Di Singapore under kerajaan PAP, tulis buku pasal hukuman gantung pun tidak boleh. baca artikel di bawah. 

Kalau DAP  PAS dan PKR yang perintah Malaysia, ramai lah bloggers dan penulis buku yang akan kena jail atau kena pukul dengan geng gedebe PAS Kelantan.

Memperjuangkan kebebasan dan hak asasi kunun, kebebasan bersuara dan berita yang tidak berat sebelah kunun.

Bila kena batang hidung sendiri macam Husam, walaupun berita itu di sahkan sendiri oleh penerima upah, puak puak ini tidak dapat terima.

Orang orang macam ini you folks nak ambik jadi pemerintah Malaysia? Jangan jadi dungu lah....

P/S bro RBF you rehat lah semasa cuti sekolah... naik sekolah nanti menulis lah semula ..depa gempak saja tu you dont worry.

SINGAPORE: A 76-year-old British author on Friday lost his appeal against a six-week jail term and fine for insulting Singapore’s judiciary in a book about criminal executions in the city-state.

Alan Shadrake, a freelance journalist and author of “Once A Jolly Hangman: Singapore Justice in the Dock”, joked and laughed with reporters outside the court after the judgement was read.

“I expected the decision. I am very sorry for Singapore. I’m not sorry for myself,” he said.

Shadrake will undergo a medical test before he starts his jail term on Wednesday.

He had been out on bail while seeking to reverse a High Court ruling in November that sentenced him to prison and a fine of Sg20,000 (16,150) for insulting the judiciary.

“We affirm the sentence imposed by the judge,” said Justice Andrew Phang of the three-member Court of Appeal panel. There was no immediate comment from the British embassy.

When he launched his appeal, Shadrake defiantly described the charges as “bloody nonsense” and said he was ready to go to jail.

Shadrake’s jail term was the stiffest sentence ever imposed in Singapore for the offence and was denounced by international human rights groups campaigning for an end to executions and for greater freedom of expression in the country.

Thursday, June 2, 2011

PAS pula mulakan Politik angkat keluarga sendiri



Nampak nya PAS mengikt contoh DAP dan PKR dengan melantik suku sakat pemimpin atasan menjadi pimpinan pelapis di peringkat pemuda.


Dua anak pemimpin tertinggi PAS diumumkan menang dalam pemilihan Dewan Pemuda yang berlangsung hari ini.


Allah nak tunjuk dah puak puak yang terlalu menghina orang lain dengan cronyism dan sebagai nya, mereka sendiri lantik suku sakat.

Nik Abduh, anak Mursyidul Am PAS Nik Abdul Aziz Nik Mat menang bertanding jawatan timbalan ketua Pemuda dalam pertandingan empat penjuru.

muktamar pas youth 020611 nik abduhManakala, Muhammad Khalil, anak Presiden Datuk Seri Abdul Hadi Awang menang bertanding jawatan anggota jawatankuasa.
Nik Abduh (kanan) mendapat 26O daripada 655 undi menumpaskan penyandang jawatan itu Azman Shapawi yang hanya mendapat 94 undi dalam pertembungan empat penjuru.

Nik Abduh sebelum ini hanya anggota jawatankuasa manakala Muhammad Khalil pula pertama kami dipilih menyertai jawatankuasa pimpinan ketuanya Nasrudin Hassan yang menang tanpa bertanding.

Nik Abduh yang kelihatan terkejut dengan keputusan itu ketika dihubungi pemberita bagaimanapun mengakui kemenangannya mungkin disebabkan pengaruh bapanya.



P/S tokleh pakai puak puak ni kalau dah mula jadikan PAS parti anak cucu.

Monday, May 9, 2011

Bosan dengan pertelingkahan 33 tahun UMNO - PAS

Artikel di bawah di tulis oleh Dr Juanda Jaya Mufti Perlis yang sedang berada d Madinah. SIla baca dan paham kan maksud nya wahai semua orang UMNO dan PAS.  Doa saya penyokong penyokong PAS yang  faham sangat tentang hukum hakam tolong lah berfikir untuk kebaikan semua.



Saya - sambil memohon petunjuk daripada Allah SWT di bumi Madinah Al-Munauwarah - dengan rendah diri menyeru semua pihak yang mempunyai pengaruh politik di kalangan umat Islam di Malaysia, untuk melakukan dakwah musolahah agar masalih 'ulya (maslahat-maslahat utama) bagi agama Islam kekal terpelihara.

Khilaf adalah perkara tabii bagi manusia. Begitu juga ittifaq(kesepakatan) adalah perkara tabii juga bagi manusia. Tetapi untuk khilaf buat selama-lamanya, ia suatu keganjilan, ketakburan dan kebodohan.

Lantaran itu, Hamas dan Fatah di Palestin yang telah bertelingkah selama 4 tahun sejak 2006, telah kembali bersatu dan berdamai beberapa hari yang lalu. Mereka berjanji untuk memadamkan semua lembaran hitam sejarah yang tercatat antara mereka setelah menyedari masalih 'ulya rakyat Palestin tergugat akibat pertelingkahan sesama saudara seagama dan sebangsa yang meluaskan jurang kejahatan Yahudi Zionis terhadap mereka. 

Di Malaysia, gugatan musuh Islam pasti wujud secara terang-terangan atau tersembunyi kiranya khilaf dikalangan umat Islam tidak diurus dengan bijaksana menurut perintah Allah dan Rasul-Nya.

Kemusnahan Afghanistan dan Iraq hingga kini akibat pertelingkahan sesama saudara seagama dan sebangsa sewajarnya menjadi guru terbaik untuk mengajar umat Islam tentang pentingnya masalih 'ulyaumat Islam diutamakan, bukannya kepentingan peribadi, kuasa puak dan pengaruh kumpulan. 

Para pejuang Islam perlu sedar bahawa mereka berjuang untuk agama Allah, bukannya untuk kepentingan peribadi dan puak. 

Sabda Nabi SAW yang bermaksud: "Barangsiapa yang berjuang untuk menegakkan kalimah Allah, maka dia adalah pejuang pada jalan Allah".Takfir amat berbahaya

Al-haq 
(kebenaran) itu adalah milik Allah, bukannya milik mana-mana individu atau puak. Manusia hanya mampu berusaha dan berijtihad di bawah lembayung nas al-Quran dan al-Hadis untuk menilai dirinya, apakah Al-haq itu sudah dihampiri atau apakah dia sudah terkenatalbis iblis (belitan Iblis) akibat dirinya tidak bebas daripada kongkongan hawa nafsu syahwat dan kegilaan kepada dunia dan kuasa. 

Oleh itu, tiada siapa boleh mendakwa bahawa kebenaran itu dimonopoli oleh diri atau puaknya. Sebenarnya, setiap Muslim Mukmin yang berusaha menegakkan agama Allah adalah menghampirial-haq.

Sikap suka bersangka buruk sesama Muslim Mukmin adalah amat dikeji oleh Islam. Tiada nas yang membolehkan hal ini. Apatah lagi sikap buruk sangka itu menjadikan dirinya lebih mawaddah(mengasihi) kepada si kafir kerana mahu melepaskan dendam kepada sesama Muslim. Islam menganjurkan untuk sentiasa bersangka baik sesama Muslim kerana ia adalah tuntutan Iman, sehingga Nabi SAW bersabda yang bermaksud: 

"Tidak beriman seorang daripada kamu sehingga dia mengasihi saudaranya seperti dia mengasihi dirinya sendiri."

Merendahkan kedudukan Muslim Mukmin yang berdosa lebih rendah daripada kedudukan si kafir akibat tohmahan dan dakwaan perlakuan maksiat yang belum jelas buktinya adalah bukan sikap Ahli Sunnah wal Jamaah. Ini adalah ijmak para ulama Ahli Sunnah. Mana mungkin Muslim walaupun dia berdosa lebih rendah drjatnya di sisi Allah daripada si kafir. 

Sikap suka merendahkan ini kadang-kadang hingga ke tahap takfiramat berbahaya dan sering menjadi punca pertelingkahan tanpa kesudahan di kalangan umat Islam. Inilah punca munculnya golongan Khawarij, Syiah, Muktazilah dan pelbagai aliran lain.

Majoriti senyap umat Islam di Malaysia pastinya sudah amat letih dengan pertelingkahan dua kuasa besar Melayu-Islam di Malaysia iaitu Umno dan PAS. Pertelingkahan 33 tahun sejak 1978 itu sudah amat lama untuk ditangisi. 

Tangan ghaib orang kafir 


Pihak-pihak yang terlibat dalam pertelingkahan itu hampir kesemuanya sudah menghadap Rabbul Jalil untuk dinilai sama ada benar atau salahnya tindakan mereka. 

Generasi baru yang moderate sudah pasti muak dengan sikap ekstrim yang wujud di celah-celah kematangan berpolitik dua gergasi politik di Malaysia ini. Dalam pada itu, semuanya risau dengan tangan-tangan ghaib orang kafir yang pasti mengambil kesempatan atas pertelingkahan ini. 

Tiada Muslim Malaysia yang naif dalam hal ini. Bahkan mereka optimis dengan pulangan yang baik untuk umat Islam jika pertelingkahan ini diakhiri secepat mungkin.

Saya menyeru kedua-dua pihak agar dapat duduk semeja dengan kedua-duanya menunjukkan husnun niyyah (niat baik) demi menjunjung tinggi titah perintah Allah dan Rasul yang menuntut orang mukmin agar sentiasa bekerjasama atas kebaikan dan takwa, bukannya atas perkara dosa dan permusuhan.

Larangan dan kemurkaan Allah SWT ini jelas dinyatakan dalam ayat 2 Surah al-Maidah yang bermaksud:

"Dan hendaklah kamu bertolong-tolongan untuk membuat kebajikan dan bertakwa, dan janganlah kamu bertolong-tolongan pada melakukan dosa (maksiat) dan pencerobohan. Dan bertakwalah kepada Allah, kerana sesungguhnya Allah Maha berat azab seksa-Nya (bagi sesiapa yang melanggar perintah-Nya)."

Permusuhan lama itu perlu dipadamkan untuk selama-lamanya!Musolahah adalah seruan al-Quran kepada semua pihak apabila berlaku perbalahan dalam apa bentuk sekalipun. 

Peranan lebih besar pada PAS

Renungilah sedalam-dalamnya dua ayat yang selalu dibaca secara sekerat-kerat sahaja, yang sebenarnya jika ditadabburkan, Allah SWT memerintahkan para Mukminin apabila bertelagah, maka mesti ada pihak berusaha mendamaikan antara mereka bagi memenuhi tuntutan Mukminin sebagai bersaudara. 

Firman Allah SWT dalam ayat 9 dan 10 Surah al-Hujurat yang bermaksud:

"Dan jika dua puak dari orang-orang yang beriman berperang, maka damaikanlah di antara keduanya; jika salah satunya berlaku zalim terhadap yang lain, maka lawanlah puak yang zalim itu sehingga ia kembali mematuhi perintah Allah; jika ia kembali patuh maka damaikanlah di antara keduanya dengan adil (menurut hukum Allah), serta berlaku adillah kamu (dalam segala perkara); Sesungguhnya Allah mengasihi orang-orang yang berlaku adil. Sebenarnya orang-orang yang beriman itu adalah bersaudara, maka damaikanlah di antara dua saudara kamu (yang bertelingkah) itu; dan bertakwalah kepada Allah supaya kamu beroleh rahmat.

Kedua gergasi politik Muslimin di Malaysia ini punya kekuatan yang amat besar yang kiranya dimanfaatkan, ia amat baik untuk mempercepatkan impian penegakan Islam secara menyeluruh di Malaysia. Umno berusaha dalam kadar kemampuannya, manakala PAS pula wajar diberikan peranan yang lebih besar agar ia turut menyumbang ke arah penegakan Islam yang syumul di Malaysia. 

Suatu hal yang diketahui umum, hampir kesemua sarjana dan ulama Islam luar negara yang datang ke Malaysia memperakui secara terbuka tentang pelaksanaan Islam di Malaysia sehingga ada yang mengiktiraf Malaysia sebagai negara Islam. 

Pengiktirafan yang terakhir adalah sewaktu lawatan Imam Besar Masjidil Haram al-Shaikh Professor Dr Abdul Rahman Abdul Aziz al-Sudays, yang juga merupakan alim besar dan professor usul fekah di Universiti Ummul Qura, Makkah al-Mukarramah. Hal ini tidak wajar diperdebatkan kerana ia bersifat terlalu akademik dan epistimologi.

Saya dengan ini menyeru pihak-pihak yang berkenaan untuk melakukan dakwah musolahah - seruan perdamaian. Ini adalah seruan Islam, bukan hanya politik, kerana politik adalah sebahagian daripada agama. Kewajipan umat Islam adalah menegakkan agama dan jangan bertelingkah dalam urusan menegakkan agama. 

Hak persaudaraan Islam
Renungilah sedalam-dalamnya maksud firman Allah SWT dalam ayat 13 dan 14 Surah al-Syura yang menjelaskan tentang tugas para Nabi dan umatnya:

"Allah telah menerangkan kepada kamu - di antara perkara-perkara agama yang Ia tetapkan hukum-Nya - apa yang telah diperintahkan-Nya kepada Nabi Nuh, dan yang telah Kami (Allah) wahyukan kepadamu (Wahai Muhammad), dan juga yang telah Kami perintahkan kepada Nabi Ibrahim dan Nabi Musa serta Nabi Isa, iaitu: 'Tegakkanlah pendirian agama, dan janganlah kamu berpecah belah atau berselisihan pada dasarnya'. Berat bagi orang-orang musyrik (untuk menerima agama tauhid) yang engkau seru mereka kepadanya. Allah memilih serta melorongkan sesiapa yang dikehendaki-Nya untuk menerima agama Tauhid itu, dan memberi hidayah petunjuk kepada agamanya itu sesiapa yang rujuk kembali kepadanya (dengan taat).

"Dan umat tiap-tiap Rasul tidak berpecah belah dan berselisihan (dalam menjalankan agama Allah) melainkan setelah sampai kepada mereka ajaran-ajaran yang memberi mereka mengetahui (apa yang disuruh dan apa yang dilarang); berlakunya (perselisihan yang demikian) semata-mata kerana hasad dengki sesama sendiri. Dan kalaulah tidak kerana telah terdahulu kalimah ketetapan dari Tuhanmu (untuk menangguhkan hukuman) hingga ke suatu masa yang tertentu, tentulah dijatuhkan hukuman azab dengan serta-merta kepada mereka. dan Sesungguhnya orang-orang yang diberikan Allah mewarisi kitab agama kemudian daripada mereka, berada dalam keadaan syak yang menggelisahkan terhadap kitab itu.".

Respons yang baik daripada kedua-dua pihak yang menyatakan bahawa pintu perdamaian dan kerjasama tidak pernah ditutup adalah petanda yang amat menggembirakan umat Islam. Manakan tidak, Muslim Mukmin pasti amat gembira melihat saudaranya yang bertelingkah itu bersatu demi menunaikan titah perintah Allah dan Rasul. 

Masing-masing menyedari bahawa huquq ukhuwah islamiyah (hak persaudaran Islam) mesti dijaga kerana ia adalah tuntutan iman yang utama. Inilah sikap Muslim Mukmin yang terpuji. Oleh itu, amat wajar semua pihak bermuhasabah dalam - usaha menegakkan agama Allah - bahawa diri masing-masing punya kelemahan kerana kesempurnaan itu hanyalah milik Allah. 

Firman Allah SWT yang bermaksud: "Janganlah kamu menyucikan dirimu (memuji-muji diri sendiri), Dialah Allah yang Maha Mengetahui siapa yang paling bertakwa."

Seruan ini bukanlah untuk merendahkan kedudukan mana-mana pihak. Saya yakin para ulama dan tokoh Islam yang cintakan kedamaian dan pembangunan Islam yang lebih syumul dan menyeluruh bersedia untuk bersama-sama menyahut seruan Allah dan Rasul-Nya untuk melihat kesatuan di kalangan umat Islam yang pastinya didambakan oleh seluruh majoriti senyap umat Islam di Malaysia. Semoga Allah memberikan petunjuk hidayah kepada semua.
Dr Juanda Jaya merupakan mufti Perlis. Beliau menulis artikel ini daripada Madinah, Arab Saudi - salah satu kota suci umat Islam.