Friday, July 29, 2011

SAH KU LI JADI KETUA PEMBANGKANG GANTI ANWAR!



PETALING JAYA 28 Julai – Ahli Parlimen Gua Musang, Tengku Razaleigh Hamzah dikatakan dipelawa oleh pihak pembangkang memegang jawatan Ketua Pembangkang sebagai persediaan jika Datuk Seri Anwar Ibrahim disabit bersalah dalam kes liwat yang dihadapinya ketika ini.
Menurut Ahli Parlimen Bayan Baru, Datuk Seri Zahrain Mohamed Hashim, maklumat mengejutkan itu diterimanya pagi ini daripada rakan-rakannya yang masih berada di dalam Parti Keadilan Rakyat (PKR).

Beliau berkata, pucuk pimpinan pembangkang dikatakan telah menemui Tengku Razaleigh baru-baru ini bagi membincangkan perkara tersebut memandangkan kebarangkalian Anwar disabitkan bersalah dalam kes liwatnya adalah besar.

‘‘Saya terkejut menerima maklumat ini kerana tanpa disangka-sangka mereka tawarkan jawatan ini kepada seorang pemimpin lama UMNO. Saya penuh yakin dan percaya Tengku Razaleigh tahu tentang perkara ini.

‘‘Selain menjadi Ketua Pembangkang, saya percaya ini juga sebagai persediaan pihak pembangkang untuk menghadapi Pilihan Raya Umum Ke-13 akan datang. Mereka amat memerlukan seorang pemimpin yang berkaliber bagi menggantikan Anwar,’’ katanya kepada pemberita di sini, hari ini.

Zahrain berkata, berdasarkan pengamatannya tindakan terbaru pihak pembangkang itu turut dikaitkan dengan keperluan kepada seorang pemimpin yang mampu meneutralkan Pas dan DAP seperti mana peranan Anwar selama ini.

‘‘Saya juga diberitahu keputusan ini telah dibuat secara kolektif antara pemimpin Pas, DAP dan PKR. Nampaknya, kriteria untuk menjadi Ketua Pembangkang mestilah dalam kalangan pemimpin yang telah lama berkhidmat di dalam UMNO.

‘‘Inilah realiti yang berlaku sekarang. Di dalam pembangkang sendiri tidak ada pemimpin yang boleh menggantikan Anwar. Jika dilantik Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang sudah tentu Penasihat DAP, Lim Kit Siang tidak bersetuju dan begitu juga sebaliknya,’’ katanya.

Dalam pada itu Zahrain berharap Ketua UMNO Bahagian Gua Musang itu menolak pelawaan tersebut jika benar ia berlaku demi masa depan orang Melayu yang kini semakin berpecah.
‘‘Di saat orang Melayu yang semakin berpecah, pelantikan Tengku Razaleigh sebagai Ketua Pembangkang akan memburukkan lagi keadaan. Perpaduan orang Melayu akan bertambah parah,’’ katanya.

Zahrain berkata, pihak yang pasti gembira dengan perkembangan terbaru itu sudah tentu DAP kerana sememangnya parti berkenaan mahu melihat orang Melayu berpecah-belah.
Ketika ditanya sejauh mana kesahihan maklumat tersebut, Zahrain berkata, beliau yakin perkara tersebut berlaku dan sekiranya dakwaan itu tidak benar, Tengku Razaleigh perlu tampil menjelaskan kedudukan sebenar.

Beliau turut yakin perkembangan terbaru itu juga menunjukkan saat kehancuran PKR semakin hampir apabila parti berkenaan ketandusan pemimpin berkalibar.

Utusan Malaysia 28/7/2011

P/S.. Ku Li udah udah ler tu...dulu sekali dah berpaling tadah dengan Semangat 46..tak  kemana pun.  Malu lah KU LI orang tidak ada prinsip macam you ni tak layak jadi pemimpin.  Dalam Umno dah tidak ada harapan..nak jadi Ketua Pembangkang?..hehe silakan wahai KU LI.  Jadi kuli sahaja lah kamu sampai ke mati

4 comments:

Anonymous said...

Hehehe biasa la tua kutok ni mmg jenis kemaruk kuasa tahap meroyan, alaa stakat parti tu buat sandaran je tu, ape ade hal..
kpd BN, ini isyarat menujukkan PR skrg dah masuk jarum baru utk dpt undi warga emas.

Anonymous said...

Dia buat Perangaaiiiii lagiiiii !!...ada hati lagi tuuuuuu...meluaaatttt !

orang lama UMNO said...

Nasihat untuk Ku Li dari orang lama UMNO.

Kalau ada terfikir untuk menjadi ketua Pembangkang, lupakanlah. Mereka yang memujuk itu tidak jujur. Mereka hanya hendak memperalatkan Ku Li sahaja. Tak lebih dari itu.

Jangan tambah dosa dengan memecahbelahkan orang Islam di negara ini. Cukuplah dulu menjadi presiden Parti Semangat 46.

Ingatlah bahawa kalau Allah tidak mengizinkan Ku Li untuk jadi PM, usahalah macam mana pun, Insya Allah Ku Li tidak akan jadi PM.

Fikirlah dalam-dalam. Fikirlah masak-masak.

Anonymous said...

pelik erk...dlm PR xd yg berkaliber ker utk menejubori pembangkang? lu kata dlm PR semua hebat2...BOBY LOKMAN la...vote for BOBY LOKMAN!!!