Monday, July 18, 2011

DAH BIASA DAH DENGAN TRICK KERAJAAN PAS KEDAH!



Dah biasa dah trick kerajaan PAS ni. Nak buat sesuatu lepas tu kensel sebab kena sergah dengan DAP.  Di Kelantan bab penjualan nombor ekor. Ni di Kedah pulak buat drama lagi. Mati esok you all jawab lah kepimpinan PAS!


Lucu memang melucukan….hari ini kerajaan Pas kedah terpaksa akur bahawa konsep negara islam impian Pas berkubur…
Hari ini, Kerajaan Pas kedah mengakui mereka berada dalam keadaan amat yang lemah dalam membuat keputusan(sebenarnya perkara ini dikesan di tahun pertama pemerintahan mereka), terutamanya yang melibatkan hak orang bukan islam.
Kenapa pengharaman membuka pusat maksiat di bulan ramadhan hanya di’kecoh’kan pada tahun in, sedangkan Kerajaan Pas Kedah memerintah sudah 3 tahun…?
Sebenarnya mereka ingin membuat gimik politik sahaja, mereka tidak berniat pun hendak menutup pusat-pusat hiburan ini kerana merekalah yang menyegarkan kegiatan ini.Tidak logik setelah mereka membenarkan ia dibuka secara berleluasa…mereka ingin menyekatnya…
sekitar laporan blog tentang aktiviti pusat maksiat di Kedah…
Ya, Kerajaan Pas Kedah berjaya menyuburkan aktiviti maksiat di Kedah berselindung disebalik cadangan pengharaman menjalankan perniagaan dibulan ramadhan…
Apa-apapun…MB kedah secara tidak langsung mengakui pusat hiburan/maksiat mereka dikunjungi oleh orang islam(baca disini)….
Inilah yang dikatakan gimik politik dalam meraih sokongan pengundi ketika hampir pilihanraya…Harus ingat Pas kedah merupakan hardcore dalam memperjuangkan hudud dan negara islam…kegagalan Pas pusat mempertahankan konsep ini membuatkan mereka semakin kehilangan pengundi atas pagar di Kedah….
Tidak semena-mena idea pengharaman ini menjadi satu gimik yang berjaya, persoalannya…adakah larangan kunjungan orang islam di pusat hiburan/maksiat hanya berkuatkuasa pada bulan ramadhan?





No comments: