Thursday, July 7, 2011

BERSIH 2.0 MEMANG KEARAH PERTEMBUNGAN HURU HARA

‘PENGANJUR Bersih 2.0 memang nak cari gaduh’.

Itulah kesimpulan yang dapat dirumuskan apabila penganjur Bersih 2.0 mengisytiharkan perhimpunan Sabtu ini tetap akan diadakan di Stadium Merdeka di sebalik segala halangan dan hambatan yang dikenakan ke atas mereka.

Dalam kenyataan yang dikeluarkan lewat petang semalam, semua 14 anggota jawatankuasa pemandu BERSIH 2.0 yang menuntut pembaharuan dalam sistem pilihan raya negara berkata “tidak satu ketika pun kami akan berganjak daripada keputusan untuk berhimpun di sana secara aman.”

Demikian kedegilan yang mereka zahirkan sebagaimana yang dilaporkan Malaysiakini – portal tak resmi puak pembangkang hari ini.
Sambil menolak, amaran, ugutan dan hambatan yang dikenakan ke atas mereka dan juga rakyat yang menyokong tuntutan BERSIH 2.0 sejak dua minggu lalu, pertubuhan yang diwakili 62 NGO itu juga melahirkan kekecewaan terhadap Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak dan kabinetnya kerana didakwa mengkhianati janji bagi membenarkan perhimpunan itu diadakan di sebuah stadium. 

Perdana Menteri, DS Najib dijadikan alasan untuk meneruskan cita-cita jahat mereka untuk terus menghuru-harakan negara melalui perhimpunan haram Bersih 2.0.

Nampaknya, pihak pendanjur bagaikan mendapat semngat baru apabila Ketua Pembangkang yang juga Ketua Umum PKR menyuarakan sokongan padu terhadap projek berkenaan.

Sudah tentu Anwar Ibrahim pula mendapat jaminan sokongan padu daripada kuasa asing setelah beliau keluar negara buat seketika sebelum Ambiga dan konconya menghadap Yang di-Pertuan Agong dua hari lalu.

Penganjur dengan garangnya mencabar Perdana Menteri, DS Najib yang dianggap memungkiri janji untuk menyediakan sebuah stadium kepada mereka untuk berhimpun secara haram.

Natijahnya, harapan rakyat menyaksikan kekalutan yang bakal dicetuskan Bersih 2.0 dapat diatasi setelah Ambiga menghadap Yang di-Pertuan Agong gagal dan terkandas apabila Anwar Ibrahim memberikan nafas baru kepada penganjur Bersih untuk terus bertindak mencabar pemerintah negara. 

Justeru, gangguan awal keselesaan hidup rakyat, terutamanya mereka yang tinggal di Kuala Lumpur seperti sekatan jalan raya terpaksa diteruskan tanpa diketahui bila akan berakhir.

Rakyat akan menerima akibat buruknya apabila penganjur Bersih 2.0 memang ‘nak cari gaduh’ dengan terus berkeras mahu mengadakan perhimpunan haram di Stadium Merdeka dengan alasan itu adalah janji Perdana Menteri.


Read more: http://sa-melayu.blogspot.com/2011/07/bersih-20-penganjur-memang-nak-cari.html#ixzz1ROgJX69x

No comments: