Monday, June 13, 2011

TOWKEY TOWKEY NELAYAN CINA MULAKAN MOGOK SERENTAK SELURUH NEGARA

.KERAJAAN PERLU PANDANG SERIUS PERKARA INI.....

INI SIKAP TOWKEY TOWKEY CINA YANG TIDAK MAHU UNTUNG NYA KURANG.  BUKAN NYA RUGI. TUAN PUNYA BOT ADALAH CINA LIHAT SAJA MUKA MEREKA DI ATAS.  MATI HIDUP BALIK PUN MEREKA TIDAK AKAN MENERIMA PENARIKAN BALIK SUPER SUBSIDI.

SEKARANG NELAYAN MOGOK SEBAB KERAJAAN TARIK BALIK SUBSIDI DIESEL KEPADA MEREKA....

JANGAN NANTI RAKYAT PULA YANG MOGOK KERANA HARGA IKAN TERLALU TINGGI DI PASARAN....

SEKIRANNYA MASALAH INI BERLANJUTAN,SUDAH TENTU AKAN MENJEJASKAN SEKTOR PERIKANAN DI NEGARA INI...HARGA IKAN AKAN MELAMBUNG TINGGI SEKALIGUS MENAMBAH BEBAN RAKYAT...

PERBINCANGAN ANTARA KERAJAAN DENGAN PIHAK TERBABIT ADALAH PERLU DISEGERAKAN UNTUK MENGELAKKAN MASALAH YANG LEBIH BURUK AKAN TIMBUL...

DIHARAP..KERAJAAN YANG MELAUNGKAN SLOGAN RAKYAT DIDAHULUKAN DAPAT MENGATASI MASALAH NELAYAN INI...!

JANGAN SESEKALI KERAJAAN TUNDUK DALAM ISSUE INI. KALAU BERALAH NANTI LORI LORI TRANSPORT PULA MOGOK.!

berikut adalah berita mengenai perkara ini :-

Kuala Lumpur – Lebih 1,000 nelayan laut dalam di tiga negeri melancarkan mogok mulai semalam sekali gus bakal menjejaskan bekalan ikan negara jika tindakan tersebut berlarutan.

Mogok diketuai oleh hampir 200 pengusaha bot itu diadakan secara serentak di jeti-jeti nelayan di Kuantan, Pahang; Endau di Mersing, Johor dan Kangar, Perlis.

Mogok berpunca daripada tindakan kerajaan memansuhkan subsidi diesel yang menyebabkan pemilik bot terpaksa membeli bahan api itu pada harga RM1.80 seliter berbanding RM1.25 seliter sebelum ini.

Pemansuhan subsidi itu menyebabkan para pemilik bot terpaksa menanggung kenaikan kos melebihi RM20,000 sebulan berbanding RM7,000 sebulan sebelum ini. -kosmo



Nelayan, Pengusaha Bot Pukat Mogok Di Kuantan

Kuantan: Lebih 500 nelayan dan pengusaha bot pukat tunda melancarkan mogok di Kompleks Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia (LKIM) Pahang di sini dan meminta kerajaan menimbang pemberian subsidi super diesel kepada mereka.

Pengerusi Persatuan Perikanan Kuantan, Chia Hee Juak, berkata nelayan dan pengusaha bot terbabit terpaksa membeli diesel pada harga RM1.80 seliter sedangkan hasil laut yang diperoleh tidak setimpal dengan kos ditanggung mereka.

"Tambahan mereka terpaksa menanggung ansuran bulanan bot pukat tunda dan pukat tarik yang berharga sekitar RM500,000 hingga RM1 juta," katanya ketika ditemui hari ini.

Beliau berkata, mogok itu diadakan selama tiga hari mula hari ini dan diteruskan jika tindakan segera tidak diambil pihak berkenaan.

Seorang pengusaha bot, Hing Hua Kow, berkata ada di kalangan mereka merancang menjual bot yang digunakan untuk mencari rezeki selama ini kerana tidak mampu menanggung kerugian tinggi.

Kerajaan sebelum ini memutuskan pengusaha bot berkenaan perlu membeli diesel pada kadar RM1.80 seliter dan bukan pada harga subsidi super RM1.25 seliter yang layak mereka nikmati sebelum ini. - BERNAMA

4 comments:

Anonymous said...

import ajer ikan dari negara luar.

Anonymous said...

senang jer nak selesaikan masalah
pengusaha bot daun dalam (c2) nie..

1-hapuskan subsidi rm1.00 tu...
2-beli diesel harga rm2.80
3-rebat tunai diesel ikut berat hasil
didaratkan.
i-misal berat hasil didaratkan 1000kg
rebat tunai rm200.00
4-bonus produktiviti.
5-awak-awak 100% tempatan elaun
saradiri rm200 sebulan.

mungkin situasi menang-menang dapat
diwujudkan.

Anonymous said...

Minta Kerajaan Malaysia Jgn layan,kerana mereka ni cukup jahat manipulate harga kemudian.
Minta sesuatu 1 Malaysia,bila mengundi parti pembangkang,poorah pergi mampus

Anonymous said...

SENGAJA NAK CARI PASAL
Ini lah contoh yang amat terserlah KIASU.
Saya untung ok.Rugi you orang tanggung.
Apa pasal Saya mesti rugi.
Agak nya dia orang marah kerana Kerjaan tutup jalan mereka jual diesel tengah laut kut ?

Puak ni ada lesen besar langgar undang.
Bandingkan kiasu jenis atasan:
Ahli korporat sebangsa ngan nya, bila Kumpulan Penjana Letrik Bebas dapat himpun wang tunai RM1.5 billion pada 2010 kerana akibat dapat harga subsidi gas untuk bahan bakar gas turbine mereka,pun sudah menyaran kapada Kerajaan untuk mansuhkan semua subsidi.

Megana warga kumpulan sejenis dengan nelayan menimbulkan masaalah atas tajuk yang sama ?
SUBSIDI ?
Adakah IPP atau nelayan (konon,nelayan darat) kumpulan sasaran penerima subsisdi?
arjuna waspada.
changkat lobak