Thursday, June 16, 2011

PiLihanraya Masjid Pulau Pinang - MAIPP cantas calon calon pro-UMNO bertujuan menghina Dato Zainal


Saya terkejut melihat berita TV3 tadi berkenaan pilihanraya Masjid.

Seperti yang di jangkakan, kerajaan Pulau Pinang pimpinan DAP dengan mudah menggunakan institusi Islam. MAIPP mengikut telunjuk DAP dengan mencantas nama nama calon pengerusi dan jawatankuasa yang pro UMNO yang telah di calonkan oleh ahli ahli khairiah Masjid.

Pengerusi Jawatan kuasa Masjid Kpg Besar Nibong Tebal, dan Pengerusi Jawantankuasa Masjid Sungai Kecil Nibong Tebal  telah di cantas nama mereka oleh MAIPP.

MAIPP bertindak dengan semberono apabila memotong nama kedua dua Pengerusi yang mempertahankan jawatan mereka.

Secara peribadi saya mengenali kedua dua Individu tersebut. Mereka mempunyai peribadi dan nilai nilai murni pemimpin masyarakat di Khariah mereka.

Sepanjang pengetahuan saya mereka berdua tidak pernah mentadbir Masjid secara berat sebelah.

Yang pastinya Hj Abd Rahman Noor dan Pengerusi Masjid Sungai Kecil adalah dua individu yang selalu hadir ke majlis majlis tahlil anjuran UMNO Bahagian atau pun majlis majlis tahlil peribadi Dato' Zainal Abidin Osman Pengerusi Perhubungan UMNO Pulau Pinang merangkap ahli MT UMNO dan juga Ketua Bahagian UMNO Nibong Tebal.

Tujuan mencantas nama mereka berdua tidak lain dan tidak bukan sebagai satu penghinaan atau pun cabaran kepada Dato' Zainal yang begitu lantang membantah Pilihanraya Masjid ini.

Inii lah sebenarnya tujuan pilihanraya Masjid, untuk DAP dan budak budak suruhan PKR dan PAS di Pulau Pinang iaitu mengambil alih pentadbiran Masjid dengan membuang Pengerusi dan AJK yang pro UMNO.

Tiada lain mereka hanya mahu menunjukkan kuasa sahaja.  Jauh sekali niat mereka untuk syiar Islam.

Saya berharap secara peribadi bahawa Tok Non (nama mesra Dato' Zainal di Nibong Tebal) dapat menyelamatkan Masjid daripada menjadi medan politik puak puaka Pakatan Haram Jadah ini seperti yang berlaku di Selangor dan Kedah yang telah menukarkan tazkirah selepas Maghrib setiap hari kepada ceramah PAS secara halus.

Selamat kan lah kampong halaman kami Tok Non dari menjadi mangsa politik rakus DAP dan konco konco bodoh pihak PAS dan PKR!. Buat lah apa saja yang perlu kami akan sentiasa menyokong!


Bagi yang kurang pasti mengenai undang undang, siapa yang berhak dan di bawah naungan siapa masjid di Pulau Pinang sila baca ulasan terperinci oleh blogger SatD HERE. Ulasan nya panjang lebar dan teliti mengenai undang undang. Kesimpulan nya tiada sebarang pindaan terhadap peraturan pemilihan Masjid boleh di buat sewenang wenang nya tanpa persetujuan DYMM Agong.

1 comment:

Unknown said...

buat camne bro..
depa tu semua close dgn aku
dua2 ketua cwgn
dua2 ajk bahagian umno nt

ostad maktar punya orang dia cantas la..
jgn takut, igt kita nk duk diam saja
tunggu sat depa..