Monday, May 16, 2011

RAIS YATIM - jangan mimpi nak jadi menteri lagi selepas PRU13


Kenyataan Rais Yatim hari ini:

Menteri Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan Datuk Seri Dr Rais Yatim berkata semua pengguna Internet perlu patuh kepada undang-undang walaupun tiada sekatan terhadap penyaluran maklumat dalam ruang siber.

Sempena sambutan Hari Telekomunikasi Sedunia 2011 esok, Rais mengingatkan pengguna Internet supaya tidak menyalahgunakan kebebasan yang diberi seperti menggunakan teknologi tersebut untuk tujuan jenayah.



"Saya ingin menegaskan apabila disebut internet tidak disekat, tidak bermaksud seseorang itu bebas daripada undang-undang. Jika beliau melakukan jenayah melalui internet, beliau tidak akan terlepas daripada undang-undang.
"Jangan masyarakat ada berfikir oh sekarang bebas, apa pun boleh buat. Tidak. Undang-undang negara harus dihormati," katanya kepada pemberita di pejabatnya di Kuala Lumpur, hari ini.
Katanya, kerajaan melalui Seksyen 233 Akta Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) meletakkan kawalan terhadap internet termasuk jenayah siber dan yang berkaitan dengan hasutan serta pornografi.
Sehubungan itu, katanya, sebagai permulaan tiga pegawai SKMM dijangka akan dihantar menjalani kursus forensik multimedia sebagai satu kepakaran dalam menangani jenayah siber.


UUUUU takutnye...takpe lah Pak Rais cakap la apa Pak mahu cakap.. lagipun tinggal bulan je kiraan Pak Rais sebagai menteri pun.  Mudah mudah menteri komunikasi  lepas ni orang muda yang paham apa itu komunikasi dan cyber world.

No comments: