Pesara polis maut terjatuh tingkat 16 hotel elak dicekup pegawai Jawi
KUALA LUMPUR 17 Mei - Seorang bekas pegawai polis maut selepas terjatuh dari tingkat 16 sebuah hotel di sini, dipercayai ketika cuba mengelak daripada dicekup sepasukan anggota Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (Jawi) yang melakukan operasi cegah maksiat awal pagi ini.
Dalam kejadian kira-kira pukul 2 pagi itu, bekas pegawai berusia 62 tahun itu difahamkan berpangkat asisten supritendan sebelum bersara, cuba melarikan diri menerusi tingkap hotel namun terjatuh di beranda tingkat lima hotel itu.
Ketika serbuan dibuat, difahamkan lelaki itu berada di dalam bilik hotel bersama pasangannya, seorang ibu tunggal berusia lingkungan 40-an.
Ketua Polis Daerah Dang Wangi, Asisten Komisioner Zulkarnain Abdul Rahman berkata, lelaki itu meninggal dunia di tempat kejadian akibat cedera parah di kepala dan kes ini diklasifikasikan sebagai mati mengejut.
"Polis dimaklumkan bahawa pihak Jawi telah mengambil keterangan daripada ibu tunggal pasangan lelaki itu bagi membantu siasatan," katanya ketika dihubungi di sini hari ini.
Menurut beliau, mayat bekas pegawai polis itu dihantar ke Hospital Kuala Lumpur untuk bedah siasat.
Saya ingin menulis mengenai pendapat peribadi saya tentang issue operasi cegah maksiat. Hukum apa yang kita pakai untuk melakukan operasi seperti ini? Kalau tidak silap saya banyak pihak yang mewar-warka bahawa adalah berdosa besar kalau kita membuka aib saudara se islam kita?
Tidak kah operasi yang di lakukan oleh JAWI atau JAIS atau JA JA yang lain ini bertentangan dengan nas nas yang menyatakan kita tidak boleh membuka aib saudara kita?
Harus di ingat pesara polis di atas adalah rakyat biasa yang tiada cita cita politik untuk jadi pemimpin. Kalau arwah punya cita cita jadi Perdana Menteri maka harus bagi kita menyiasat peribadinya.
Di dalam tahun 2011 sahaja kalau tidak silap saya sudah 2 orang yang mati di sebabkan oleh operasi seperti JAWI.
Mungkin ramai dari kita yang berdiam diri dan tidak mahu bercakap tentang kes sebegini kerana merasakan memang padan muka kerana kamu berkhalwat.
Bukankah kita tidak seharusnya menghukum sebelum mereka didapati bersalah.?
Now cuba pula bayangkan kalau yang mati disebakan oleh operasi JAWI itu adalah orang PKR? tidak kah jadi issue politik bebal mereka?
Bagaimana pun sepanjang pengetahuan saya kebanyakan anggota JAWI adalah orang PAS. Lebih lebih lagilah saya confuse kalau mereka orang PAS. Bukan kah NIk Aziz dah keluar fatwa jangan buka aib orang?.
Adakah wajar seorang manusia yang pastinya punya anak bini mungkin cucu juga mati hanya kerana mahu memelihara nama keluarganya dari di aibkan oeh JAWI?
Khalwat atau tidak itu bukan urusan manusia kita jangan menghukum sebelum pasti.
Islam semakin menjadi bahan ketawa agama lain di Malaysia. Nik Aziz cakap jgn buka aib orang..ni yang operasi skodeng sampai mati ni bukan buka aib orang ka????
3 comments:
Walau apa pun hukum harus dijalankan..tiada alasan untuk diketepikan.
Risiko yang bakal dihadapi jelas dan pelaku seharusnya lebih jantan berhadapan dengan persoalan nya...sikap lempar batu sembunyi tangan hero2 yang membawa maut tu..memang dikesali..NAMUN kesilapan mereka tidak melepaskan mereka dari hukum agama.Salah atau tidak ..menjadi tanggungjawab pehak yang menjalankan tugas..
Seandainya terdapat kesilapan maka mereka juga seharusnya terdedah kepada dakwaan undang2.Itu yang sepatutnya dilakukan oleh pelaku khalwat seandainya terbukti sebarang penganiayaan.
Islam diperlekehkan kerana penganutnya yang bersikap sambil lewa...dalam mengeak2kan hukum2 Islam mau individu ataupun JA mana2 yang bertanggungjawab.Ini lah punca2 Islam diperlekehkan.
Tak berani tanggung jangan buat.Akal ada...jangan sudahkan dengan melarikan diri dan mati katak..sesat.dan dalam dosa.
Wallahuwa'lam.
Salam. Adalah tidak tepat menuduh JAWI membunuh. Siapa suruh terjun atau ambil risiko sampai jatuh. Kalau tak buat salah tentu tak lari. Berani buat berani tanggung. Lain lah kalau JAWi tangkap dan tolak sampai jatuh mati, bolehlah tuduh membunuh.
Ini belum lagi PAS memerintah dah bising meraban.
pada sgray dan anon 3:03, maaf saya yang jahil bertanya, zaman nabi dulu ada skuad tangkap khalwat atau tidak?
Saya sama sekali tidak menyokong orang buat maksiat, cuma saya tertanya tanya sudah kerap berlaku kematian kerana skuad JAWI ni..perlukah ini berlaku?
Post a Comment