Saturday, May 21, 2011

20 hingga 30 di percayai tertimbus Rumah Anak YATIM AL _Taqwa - Felcra Semungkis Batu 14 HUlu LAngat Tanah Runtuh


UPDATE 8:05pm


7 Selamat


5 meninggal


12 masih terperangkap


UPDATE 7:45 pm

7 mangsa di selamatkan 

3 meninggal dunia

14 masih terperangkap termasuk seorang penjaga

UPDATE 5.50 pm

24 disahkan tertimbus, 20 anak yatim, 4 orang penjaga.

6 anak yatim selamat.

Tragedi Tanah Runtuh: Dua mayat kanak-kanak dikeluarkan
oleh Nora Mahpar 

2011/05/21

KAJANG: Dua mayat kanak-kanak penghuni Rumah Anak Yatim Al-Takwa, FELCRA Semungkis, Batu 14, Hulu Langat, dekat sini, sudah dibawa keluar dari tempat kejadian tanah runtuh di situ, sebentar tadi.

Enam lagi kanak-kanak berjaya diselamatkan dan keadaannya dilaporkan parah selepas anggota penyelamat dan penduduk kampung mengorek tanah yang tertimbus.
Mereka yang cedera kini dibawa ke Hospital Kajang.


Laporan awal sebelum ini menyebut, kira-kira 20 hingga 30 penghuni rumah anak yatim itu dipercayai tertimbus dalam kejadian tanah runtuh pada jam 2.20 petang tadi.

Jurucakap Ibu Pejabat Polis Daerah Kajang ketika dihubungi Berita Harian Online sebentar tadi berkata, setakat ini tiga kanak-kanak berjaya diselamatkan.



Berita Harian Online

No comments: